Skip to main content

Kecantikan

"Saya Tak Mahu Pergi Ke Tempat Yang Tak Terima Saya" - Eunice Wong Reda Tak Sertai Miss Universe 2026 Di Puerto Rico

"Saya Tak Mahu Pergi Ke Tempat Yang Tak Terima Saya" - Eunice Wong Reda Tak Sertai Miss Universe 2026 Di Puerto Rico
Advertisement

Miss Universe Malaysia 2026, Eunice Wong menerima dengan hati terbuka keputusan bahawa dirinya tidak akan menyertai pertandingan Miss Universe edisi ke-75 yang dijadualkan berlangsung di Puerto Rico.

Perkara itu susulan pengumuman rasmi Miss Grand International (MGI) bahawa wakil enam negara termasuk Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura dan Laos tidak akan dihantar menyertai pertandingan berkenaan.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Eunice meluahkan rasa syukur terhadap keputusan tersebut dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang terbaik buat dirinya.

“Keputusan yang sangat baik! Alhamdulillah! Tuhan itu baik,” tulisnya.

Dalam perkongsian berasingan, Eunice turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghantar mesej dan menyuarakan kebimbangan selepas mengetahui dia tidak akan beraksi di pentas Miss Universe tahun ini.

Advertisement

“Terima kasih atas mesej dan keprihatinan anda semua mengenai saya yang tidak akan bertanding di Puerto Rico tahun ini.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan saya sentiasa percaya bahawa apa sahaja yang berlaku, semuanya mengikut aturan Tuhan.

“Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan semuanya adalah untuk kebaikan,” tulisnya.

Eunice turut menyatakan sokongan terhadap pendirian pengasas Miss Grand International, Nawat Itsaragrisil yang menurutnya berusaha melindungi kebajikan peserta.

“Saya bersetuju dan menghargai pandangan Nawat serta usahanya untuk melindungi kami.

“Sejujurnya, saya sendiri tidak berasa selesa apabila kami dianggap sebagai sekumpulan wanita yang ‘tidak dikehendaki’.

“Sebagai seorang wanita yang mempunyai maruah, saya tidak akan membiarkan diri pergi ke tempat yang membuatkan saya berasa tidak dialu-alukan,” jelasnya.

Walaupun peluang beraksi di pentas antarabangsa tahun ini tidak menjadi kenyataan, Eunice memilih untuk melihat situasi tersebut secara positif.

Malah, dia menganggap keputusan berkenaan memberinya lebih banyak masa untuk membuat persediaan bagi tahun hadapan.

“Sekarang saya mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persediaan bagi 2027! Semuanya baik-baik sahaja,” tulisnya.

Terdahulu, MGI menerusi kenyataan rasmi bertarikh 21 Oktober 2026 memaklumkan keputusan tidak menghantar enam wakil negara itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan.

MGI menjelaskan bahawa pihaknya belum memperoleh jaminan mencukupi mengenai keselamatan, maruah dan layanan sama rata terhadap peserta susulan pertikaian melibatkan hak francais serta pengurusan pertandingan.

Bagaimanapun, MGI menegaskan bahawa keputusan tersebut bukan bermaksud peserta menarik diri secara sukarela atau organisasi itu melepaskan hak kontrak yang dimilikinya.

Sumber: Instagram Eunice Wong, kenyataan rasmi Miss Grand International

Anda mungkin berminat dengan

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

Indian Wedding Forehead Netti Pattam & Hand Wrist Pattam Gold Plated Traditional Bridal Ceremony Set

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

YONEX RUNAWAY TEE

YONEX RUNAWAY TEE

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

Must Watch Video

Advertisement