Skip to main content

Gaya Hidup Wanita

"Saya Tak Mudah Terima Tawaran Sebagai Duta, Tapi..." - Hawa Rizwana

Astro Gempak hawa

Sekilas

  • Hawa Rizwana mengakui sukar menerima tawaran duta jenama kerana jadual kerjanya yang padat dan sentiasa berhati-hati memilih produk untuk diwakili.
  • Beliau dilantik sebagai duta rasmi Estika Medispa selepas mengenali komitmen jenama tersebut terhadap kualiti dan kepercayaan pelanggan.
  • Pelantikan Hawa bertujuan memperkukuhkan kepercayaan pengguna terhadap Estika Medispa dalam industri kecantikan yang kompetitif.
Advertisement

Pengacara dan personaliti televisyen popular, Hawa Rizwana mengakui bukan mudah untuk dirinya menerima sebarang tawaran sebagai duta jenama memandangkan jadual kerjanya yang sentiasa padat.

Menurut Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, beliau sentiasa berhati-hati sebelum bersetuju untuk mewakili mana-mana produk atau perkhidmatan.

Advertisement

“Saya tidak mudah untuk menerima tawaran ambassador (duta).

“Tapi apabila saya mengetahui lebih lanjut tentang Estika Medispa, tentang komitmen mereka terhadap kualiti dan kepercayaan pelanggan, saya rasa ini adalah jenama yang saya boleh wakili dengan penuh keyakinan,” katanya.

Hawa berkata demikian selepas diumumkan sebagai duta rasmi Estika Medispa, sebuah rangkaian medispa kecantikan tempatan yang kini mempunyai 37 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Dalam masa sama, pihak pengurusan Estika Medispa memaklumkan pelantikan Hawa sebagai wajah jenama itu merupakan sebahagian daripada strategi untuk memperkukuhkan lagi kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Estika Medispa, Dr Mohd Hanafi Abdull Habir, pemilihan Hawa dibuat berdasarkan kredibiliti dan imej positif yang dibawanya sepanjang bergelar personaliti televisyen.

“Kolaborasi bersama Hawa Rizwana telah membawa Estika Medispa ke khalayak yang lebih luas.

“Hari ini, lebih ramai rakyat Malaysia mengenali kami, dan yang lebih penting, mereka mempercayai kami. Itulah yang kami cari,” katanya.

Tambah beliau, dalam industri kecantikan yang semakin kompetitif, kepercayaan pengguna menjadi elemen penting dalam memastikan sesebuah jenama terus relevan dan mendapat tempat di hati pelanggan.

Pelantikan Hawa sebagai duta juga dilihat selari dengan imejnya yang sentiasa menitikberatkan profesionalisme, keyakinan diri dan gaya hidup positif, sekali gus menjadikan kolaborasi tersebut sesuatu yang signifikan buat kedua-dua pihak.
 

Anda mungkin berminat dengan

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

L'Occitane Shea Hand Balm 25% 150ml

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Caudalie Beauty Elixir | 100% Natural Skincare Mist | Reveals Complexion Glow

Caudalie Beauty Elixir | 100% Natural Skincare Mist | Reveals Complexion Glow

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement