Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Pernah Berbulu Macam Tu...” – Zizan Simpan Misai Demi TERBANG

“Saya Tak Pernah Berbulu Macam Tu...” – Zizan Simpan Misai Demi TERBANG

Sekilas

  • Zizan Razak menyimpan misai buat pertama kali untuk watak Imran dalam filem TERBANG, walaupun merasa rimas dan tidak selesa sepanjang penggambaran.
  • Pengarah Chiu Keng Guan meminta Zizan membuang janggut dan hanya mengekalkan misai supaya penampilannya berbeza daripada watak sebelum ini.
  • Filem TERBANG diinspirasikan daripada kisah legenda rali Karamjit Singh dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 17 September.
Advertisement

Pelakon dan pelawak Zizan Razak sanggup menyimpan misai buat pertama kali demi menjayakan watak Imran dalam filem terbaharu, TERBANG.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak, 42, penampilan tersebut memberikan pengalaman berbeza memandangkan dia tidak pernah tampil bermisai untuk mana-mana watak sebelum ini.

Advertisement

“Ya, saya tak pernah bawa watak ada misai. Ini kali pertama. Sepanjang penggambaran filem ini saya rasa serabut sahaja.

“Saya tak pernah berbulu macam itu. Rasa rimas sebenarnya. Kadang-kadang bila kita minum air, air susu melekat habis dekat sini. Makan nasi kandar pun sama.

“Tapi itulah pengorbanan saya untuk filem ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kata Zizan, pada awalnya dia turut mengenakan janggut sebelum pengarah TERBANG, Chiu Keng Guan memintanya membuang bahagian tersebut dan hanya mengekalkan misai.

“Banyak benda saya buat, saya letak janggut dan macam-macam lagi. Pengarah cakap, ‘You tolong buang janggut, buang ini, buang itu’.

“Lepas itu saya ingat nak buang misai sekali, dia kata, ‘Misai you tinggalkan. I nak misai ini’.

“Sebab dia tak nak saya nampak sama dengan watak saya yang lain,” ujarnya.

Ditanya mengapa tidak menggunakan misai palsu, pelakon Polis Evo itu berkata, dia lebih selesa menyimpan misai sendiri kerana penggunaan gam boleh mengganggu lakonan.

“Lagi geli. Misai palsu kena letak gam. Gam itu berbau. Saya pernah pakai, gam itu boleh buat kita ‘khayal’ tahu. Serius, saya sumpah.

“Dia ganggu lakonan kita sebab bau dia. Lepas itu bila tak asli, kalau terkena sedikit memang tak selesa.

“Jadi saya lebih suka simpan misai sendiri. Maksudnya kita bercucuk tanam sendirilah,” katanya berseloroh.

Zizan berkata, dia juga tidak memerlukan tempoh lama untuk menumbuhkan misai dan hanya mengambil masa sekitar seminggu.

“Saya sekejap sahaja. Kalau saya simpan seminggu dah tumbuh sebab saya pakai ‘baja sawit’.

“Masa penggambaran saya memang selalu pegang-pegang misai ini. Tapi lepas habis penggambaran saya tak sabar nak cukur. Terus saya cukur.

“Saya takkan bawa imej ini dekat luar,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan kembali menyimpan misai sekiranya penampilan Imran mendapat perhatian selepas TERBANG ditayangkan kelak.

“Tapi tak tahulah kalau lepas filem ini keluar, orang nak tengok Zizan macam itu, mungkin untuk tujuan pemasaran saya simpan balik.

“Tapi kalau diberi pilihan, tak ada misai lagi okey kot,” ujarnya.

Menerusi perkembangan lain, Zizan menggalas watak Imran dalam TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda rali negara, Karamjit Singh.

Filem tersebut turut dibintangi Irfan Zaini, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim serta bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must Watch Video

Advertisement