Pelakon, Faezah Elai menegur segelintir netizen yang mengaitkan namanya ketika berbincang tentang perihal rumah tangga selebriti lain di media sosial.
Menerusi satu ciapan di Thread, Faezah, 42, menegaskan bahawa dia tidak pernah berminat untuk mengambil tahu hal rumah tangga orang lain apatah lagi mahu dikaitkan dengan isu berkenaan.
Advertisement
“Ampa ni kalau nak meroyan atau obses tak ketahuan dengan artis, jangan petik nama aku na. Aku tak pernah berminat nak ambil tahu hal rumah tangga orang bukan macam ampa!
“Pi jaga laki sendiri, tak payah kalut hal orang,” katanya.

Sebelum ini, tular sebuah thread yang memaparkan seorang pengguna menyindir sikap artis Malaysia yang didakwa seolah-olah terkejut membaca isu ‘toxic’ yang sedang diperkatakan di ruang tersebut.
Namun, keadaan semakin ‘panas’ apabila muncul netizen yang menyebut nama Faezah Elai sebagai salah seorang artis itu, sekali gus membuatkan pelakon filem Cun! itu tampil memberikan reaksi balas.
Sumber: Threads