Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Sangka Tun Dr Hasmah Akan Pergi” - Tun Dr Mahathir

“Saya Tak Sangka Tun Dr Hasmah Akan Pergi” - Tun Dr Mahathir

Sekilas

  • Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa terkejut dan sedih atas pemergian isteri tercintanya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, yang meninggal dunia pada usia 100 tahun.
  • Dalam video yang dikongsi di Instagram, Tun M memaklumkan Tun Hasmah kelihatan sihat pada malam Ahad sebelum meninggal dunia pada Isnin pagi di IJN.
  • Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bersama Tengku Ampuan dan Tengku Mahkota Pahang, menziarahi Tun M untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.
Advertisement

Perkongsian terbaharu Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Instagram usai pemergian isteri tercintanya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali telah menyorot perhatian dan meruntun jiwa ramai.

Menerusi hantaran video yang dibuat, Tun M memaklumkan dia tidak menyangka akan kehilangan Tun Hasmah memandangkan keadaan kesihatan isteri tercintanya itu berada dalam keadaan yang baik pada Ahad.

Advertisement

“Saya tak sangka Tun Hasmah akan pergi. Beliau sangat sihat pada Ahad malam,” ujar Tun M.

Tun M berkata demikian ketika berbual bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Siltan Ahmad Shah ketika baginda berkenan menziarah untuk memberi penghormatan terakhir di kediaman Tun M semalam.

Dalam masa yang sama, Tun M menzahirkan ucapan penghargaan buat Sultan Abdullah atas kesudian baginda hadir kediamannya sambil ditemani Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Mainunah Iskandariah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Advertisement

“Datang daripada Pahang? Terima kasihlah (kerana datang),” tambah Tun.

Perkongsian itu kemudiannya mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya yang melihat video tersebut.

Pada Isnin, Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kira-kira jam 9.20 pagi.

Jenazah Allahyarhamah kemudiannya selamat disemadikan di Pusara Negarawan, Presint 20, Putrajaya kira-kira jam 6 petang hari yang sama.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement