Skip to main content

Selebriti

“Saya Tenang Sikit Kerana Tahu Anak-Anak Dalam Jagaan Yang Baik” - Intan Najuwa

“Saya Tenang Sikit Kerana Tahu Anak-Anak Dalam Jagaan Yang Baik” - Intan Najuwa

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa jelaskan anak-anaknya dijaga oleh jururawat sejak lahir, bukan kerana masalah kesihatan.
  • Jururawat sentiasa bersama anak-anaknya 24 jam untuk memastikan penjagaan terbaik, bukan hanya ketika sakit.
  • Intan rasa tenang bekerja kerana anak-anak berada dalam jagaan profesional yang dipercayai.
Advertisement

Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil menjelaskan salah faham orang ramai yang menyangka kedua anaknya mempunyai masalah kesihatan kerana sering dilihat membawa jururawat bersama ketika keluar atau bercuti.

Sebaliknya kata Intan, dia sememangnya menggunakan khidmat jururawat bagi membantu menjaga dua cahaya matanya iaitu Imane Lunara dan Imane Laudya secara harian sejak dahulu lagi.

Advertisement

“Ada yang salah faham dan komen comment kenapa pergi mana-mana saya bawa nurses untuk anak-anak.

“Diaorang ingat anak saya ada sakit kronik. Tak korang. Kedua-dua anak saya memang dari newborn dijaga oleh nurses, not babysitters.

“Pengasuh hanya membantu jururawat sekiranya mereka memerlukan bantuan tambahan,” jelasnya menerusi platform Threads.

Advertisement

Dalam pada itu, Intan berkata keputusan menggunakan perkhidmatan jururawat tersebut juga membuatkan dirinya berasa lebih tenang terutama ketika perlu keluar bekerja kerana mengetahui anak-anaknya sentiasa berada dalam penjagaan individu yang dipercayai.

“Jadi, jururawat memang bersama saya 24 jam sehari untuk menjaga anak-anak, bukan bila diaorang sakit sahaja.

“Apabila saya bekerja, saya tenang sikit kerana saya tahu anak-anak berada dalam penjagaan yang baik,” coretnya.

Untuk rekod, Intan berkahwin dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Imane Lunara, 2, dan Imane Laudya yang dilahirkan Ogos lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement