Skip to main content

Hiburan

“Saya Tertarik Untuk Dalami & Belajar Agama Islam…” - Isteri Zubir Khan

Zubir Khan

Sekilas

  • Dr. Heama Maleini, isteri kepada penyanyi Zubir Khan, berkongsi pengalaman sukar memeluk Islam selepas 27 tahun menganut agama Hindu dan menghadapi tentangan keluarga pada awalnya.
  • Keluarga Heama akhirnya merelakan keputusannya selepas melihat sikap bertanggungjawab dan penyayang Zubir terhadapnya.
  • Heama memeluk Islam kerana cinta kepada Zubir dan kini bersemangat untuk mendalami agama Islam secara perlahan-lahan.
Advertisement

Isteri kepada penyanyi Zubir Khan, Dr. Heama Maleini, mengakui perjalanan untuk memeluk agama Islam bukanlah sesuatu yang mudah apabila pada awalnya menerima tentangan daripada ahli keluarganya.

 

Advertisement

Menurut Heama, selepas 27 tahun menganut agama Hindu, keputusan untuk memeluk Islam memerlukan masa kerana dia perlu meyakinkan keluarga bahawa pilihannya dibuat dengan penuh pertimbangan.

 

Katanya, keluarga pada mulanya sukar menerima keputusan tersebut, namun akhirnya berubah fikiran selepas melihat sendiri keperibadian Zubir yang bertanggungjawab dan sentiasa menjaganya dengan baik.

 

“Selama 27 tahun saya menganut agama Hindu dan ingin memeluk Islam, sudah pasti keluarga menghalang. Itu pada awalnya sebelum saya berjaya yakinkan mereka.

 

“Untuk menyakinkan keluarga, saya mengambil sedikit masa dan selepas mereka melihat Zubir seorang yang sangat bertanggungjawab serta sangat mengambil berat tentang saya, itu membuka mata keluarga.

 

“Pada satu tahap, ibu saya berkata yang saya sebenarnya sudah menemui seorang lelaki yang tepat untuk dijadikan suami.

 

“Keluarga akhirnya merelakan saya untuk berhijrah dan peluk agama Islam kerana mereka percaya, pada akhirnya saya akan hidup bersama dengan orang yang saya sayang,” katanya. 

 

Berkongsi lanjut mengenai penghijrahannya sebagai saudara baharu, Heama menyifatkan keputusan memeluk Islam sebagai antara keputusan terbesar yang pernah dibuat sepanjang hidupnya.

 

Jelasnya, rasa cinta terhadap Zubir menjadi titik permulaan, namun selepas memeluk Islam, dia semakin teruja untuk mendalami agama tersebut.

 

“Membuat keputusan untuk memeluk Islam adalah satu keputusan yang sangat besar saya lakukan. Perkara utama saya peluk Islam adalah kerana saya sayang dengan Zubir.

 

“Saya juga tertarik untuk mendalami dan belajar tentang agama Islam. Saya tidak sanggup untuk kehilangan seorang insan yang sangat saya sayang.

 

“Belajar sesuatu perkara yang baharu dalam hidup (tentang Islam) juga perlu, saya sering dengar ramai berkata Islam itu agama yang mudah. Jadi kenapa nak menyusahkan.

 

“Saya akan belajar tentang Islam secara perlahan-lahan, dari cinta kepada Zubir kini saya teruja untuk belajar Islam,” ujarnya. 

 

Mengulas mengenai sifat Zubir yang membuatkan hatinya terbuka untuk menjadikan penyanyi itu sebagai pasangan hidup, Heama berkata kesetiaan menjadi antara ciri utama yang dicari dalam diri seorang lelaki.

 

“Sebagai wanita, perkara paling utama yang saya cari adalah kesetiaan. Zubir memiliki sifat itu selain seorang yang sangat bertanggungjawab. Itu antara sebab saya jatuh cinta dengannya,” katanya. 

 

Heama sebelum ini dilaporkan memeluk agama Islam pada Mei lalu sebagai sebahagian daripada persiapan sebelum melangkah ke alam perkahwinan bersama Zubir.

 

Pasangan berkenaan akhirnya sah bergelar suami isteri selepas disatukan dalam sebuah majlis pernikahan pada Jumaat lalu.

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement