Skip to main content

Hiburan

“Saya Tidak Akan Membawa Watak Yang…” - Aaron Aziz

Astrogempak AARON AZIZ

Sekilas

  • Datuk Aaron Aziz mengesahkan tiada perancangan untuk memperlahankan kerjaya lakonannya walaupun kini aktif dalam perniagaan pelancongan.
  • Aaron hanya menerima watak yang sesuai dengan prinsip dan imej dirinya, serta mengekalkan komitmen tinggi terhadap bidang seni.
  • Beliau tidak menolak kemungkinan memberi fokus penuh kepada perniagaan Karava Travel & Tours jika ia terus berkembang pada masa hadapan.

Pelakon, Datuk Aaron Aziz mengakui tidak mempunyai perancangan untuk memperlahankan kerjaya seninya meskipun kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan pelancongan.

Menurut Aaron, atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, dunia lakonan masih menjadi sumber utama pendapatannya dan akan terus menerima tawaran selagi watak yang diberikan bersesuaian dengan prinsip serta imej dirinya.

“Tiada Karava pun keputusan saya tetap sama. Saya tidak akan membawa watak yang berlebihan sama seperti yang pernah saya lakukan dulu. 

“Semuanya akan berubah, macam baru-baru ini saya berlakon dengan Nadia Nissa, scene dalam rumah, dia tak buka tudung, dia kekalkan tudung. Ada scene yang memerlukan kami bersalam tapi kita cheat nampak kita tak bersentuhan,” katanya kepada Gempak. 

Tambah pelakon filem KL Gangster itu, dia masih tetap aktif berlakon kerana minat dan komitmen terhadap bidang seni yang telah menjadi sebahagian besar kehidupannya.

Namun, Aaron tidak menolak kemungkinan untuk memberi fokus penuh kepada perniagaan pelancongan yang diusahakan sekiranya ia terus berkembang pada masa hadapan.

“Berlakon adalah sumber kerjaya saya, sebab itu saya tak ada plan untuk berhenti. Sekarang masih ada rezeki, alhamdulillah. 

“Tapi pada masa hadapan sekiranya Karava ini berkembang sampai saya tiada masa untuk berlakon, mungkin dah sampai 100 cawangan tak payah berlakon pun tak apa,” tambahnya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Karva Travel & Tours yang berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Jumaat.
 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement