Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Sakirin Aca menzahirkan keyakinan bahawa penyanyi, Amira Othman mampu menjadi ibu tiri yang terbaik buat puteri kesayangan aktor tersebut, Nur Fatima Aisya.
Menerusi sebuah video dokumentari kisah cinta Fattah dan Amira yang dimuat naik di TikTok, Aca turut menitipkan pesanan menyentuh hati buat pasangan itu.
Advertisement
@lovefattmira Each time I see your video, tears fall, @Sakirin Shak. You’ve walked with him through the years, knowing every single detail of his world. The way you laugh together, the way you understand him without words, it shows a bond that can’t be replaced #fattmira #fattahamin #amiraothman #aca #setulustakdirfattahamira ♬ Teman Sejati - Brothers
“Insya-Allah, suatu hari nanti you akan dikurniakan anak sendiri. Tapi jangan lupa juga Fatima. Saya yakin Amira akan menjadi seorang mak tiri yang sangat baik.
“Fattah pula memang seorang bapa yang penyayang,” katanya.
Menurut Aca lagi, dia mendoakan agar hubungan Fattah dan Amira berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Saya harap hubungan kamu berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat dan akhirnya dipertemukan semula di dalam syurga,” ujarnya.
Sebelum ini, teka-teki mengenai status hubungan Fattah akhirnya terjawab apabila dia dan Amira mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada tarikh istimewa yang dipilih bersempena ulang tahun kelahiran aktor itu.
Untuk rekod, Fattah pernah membuat kejutan dengan melamar Amira ketika penyanyi itu sedang berduet bersama adiknya, Irfan Haris, menerusi lagu terbaharu mereka berjudul Rasa & Takdir.
Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.