Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Saya Yang Jaga Dia Hari-Hari Nak Menangis Tengok…” - Pengurus Siti Nurhaliza

“Saya Yang Jaga Dia Hari-Hari Nak Menangis Tengok…” - Pengurus Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abd Razak, berasa bangga melihat kesungguhan Siti menjalani latihan untuk konsert Gema Bumantara.
  • Konsert tradisional terbesar ini akan berlangsung di Stadium Nasional TM, Kuala Lumpur pada 17 Oktober dan menampilkan muzik warisan Nusantara.
  • Selain Siti, konsert ini turut menampilkan Noraniza Idris, Haziq, serta penyanyi Indonesia Lesti Kejora dan King Nassar.
Advertisement

Pengurus Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abd Razak meluahkan rasa bangga dan terharu melihat kesungguhan penyanyi tersebut menjalani latihan bagi menjayakan konsert Gema Bumantara.

Menerusi hantaran di Threads, Rozi mengakui usaha Siti dalam mengangkat warisan budaya menerusi konsert berkenaan cukup menyentuh perasaannya.

Advertisement

“Baru habis mesyuarat di stadium, sambil buat kerja, tengok latihan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk konsert Gema Bumantara.
“Percayalah, saya yang jaga Siti hari-hari pun nak menangis tengok beliau berusaha mengangkat warisan budaya. Best, walaupun masih dalam fasa latihan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan konsert tradisional terbesar Siti Nurhaliza yang akan berlangsung di Stadium Nasional TM , Kuala Lumpur pada 17 Oktober akan datang.

Lebih mengujakan persembahan terbesar yang mengetengahkan muzik tradisional dan warisan Nusantara dalam skala stadium ini turut dibarisi penyanyi dalam genre sama termasuk Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris.

Selain Noraniza, Siti turut menjemput Haziq dan dua penyanyi Indonesia iaitu Lesti Kejora dan King Nassar.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement