Skip to main content

Hiburan

SAYANG SAYANG Raih Lima Pencalonan Di Anugerah Antarabangsa Golden Horse Ke-63

SAYANG SAYANG Raih Lima Pencalonan Di Anugerah Antarabangsa Golden Horse Ke-63

Sekilas

  • Filem hasil kerjasama Malaysia dan Taiwan, SAYANG SAYANG, menerima lima pencalonan di Anugerah Golden Horse ke-63 termasuk Lakon Layar Asal Terbaik dan Pelakon Baharu Terbaik.
  • Mhia Firdaus dan Nandagopall Mohan mencipta sejarah sebagai pelakon Melayu dan India Malaysia pertama yang dicalonkan di anugerah berprestij ini.
  • Filem yang mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu dari Pantai Timur Malaysia ini akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan di Malaysia mulai 5 November.
Advertisement

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan, SAYANG SAYANG mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima lima pencalonan pada Anugerah Golden Horse ke-63.

Filem arahan Tang Hsiang-Chu itu tercalon bagi kategori Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Baharu Terbaik, Kesan Bunyi Terbaik serta Kesan Visual Terbaik.

Tang Hsiang-Chu menerima pencalonan Lakon Layar Asal Terbaik, manakala Mhia Firdaus dan Nandagopall Mohan masing-masing tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik serta Pelakon Baharu Terbaik.

Bagi kategori teknikal, Wu Shu-Yao, Hsu Chiao-Han dan Liu Pei-Min menerima pencalonan Kesan Bunyi Terbaik, sementara Tomi Kuo, Ivan Lin dan Hannah Han pula bagi Kesan Visual Terbaik.

Lebih membanggakan, pencalonan tersebut turut mencipta sejarah apabila Mhia menjadi pelakon Melayu pertama manakala Nandagopall pula pelakon India Malaysia pertama menerima pencalonan di anugerah berprestij itu.

Penerbit Eksekutif SAYANG SAYANG, Jin Ong menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu detik mengharukan buat keseluruhan pasukan produksi.

“Pembikinan SAYANG SAYANG merupakan sebuah perjalanan yang sangat mencabar, terutamanya dalam mengangkat kepelbagaian budaya dan perspektif yang menjadi tunjang cerita ini.

“Pengiktirafan daripada Anugerah Golden Horse ini benar-benar satu detik yang mengharukan buat kami semua,” katanya.

Sementara itu, Tang berkata, pencalonan kali ini cukup bermakna kerana menjadi kali pertama dirinya menerima pengiktirafan sebagai pengarah filem.

“Walaupun saya pernah menerima pelbagai pencalonan sebelum ini, ini adalah kali pertama saya menerima pencalonan sebagai seorang pengarah filem.

“Mendedikasikan filem pertama saya kepada Malaysia merupakan satu penghormatan terbesar dalam hidup saya,” katanya.

Dalam pada itu, Mhia mengakui tidak pernah membayangkan bakal menjadi sebahagian daripada sejarah Golden Horse.

“Pengiktirafan ini menjadi peringatan bahawa cerita dari Malaysia dan bakat tempatan mampu menyentuh penonton tanpa mengira bahasa atau sempadan.

“Ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi satu penghargaan buat semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini,” katanya.

Nandagopall pula menyifatkan pencalonan Pelakon Baharu Terbaik menerusi filem pertamanya sebagai sesuatu yang tidak pernah dijangka.

“Lebih bermakna daripada pengiktirafan ini adalah peluang menghidupkan watak Ajay dan berkongsi kisah yang mewakili individu dalam komuniti pekak dan bisu,” katanya.

Berlatarkan Pantai Timur Malaysia, SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza, Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, impian serta tempat mereka dalam kehidupan.

Filem tersebut turut menampilkan Lee Lee-Zen, Sasha Tang, Jo Kukathas, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman, Mia Tan Shu Man, Jonathan Lee dan Tan Li Yang.

SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton Malaysia bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video

Advertisement