Skip to main content

Hiburan

Sazzy Falak Beri Pendapat Tentang Penggunaan AI Dalam Penulisan - “Ia Buatkan Ramai Orang Kurang…”

Sazzy Falak Beri Pendapat Tentang Penggunaan AI Dalam Penulisan - “Ia Buatkan Ramai Orang Kurang…”

Sekilas

  • Sazzy Falak berkongsi pandangan tentang penggunaan ChatGPT dan AI dalam penulisan di media sosial yang semakin meluas.
  • Beliau menegaskan bahawa bergantung terlalu banyak pada AI boleh mengurangkan kejujuran dan perasaan dalam luahan seseorang.
  • Perkongsian Sazzy mendapat sokongan ramai yang berpendapat AI membuatkan orang kurang berfikir secara mendalam.
Advertisement

Pelakon, Sazzy Falak berkongsi pandangannya mengenai penggunaan ChatGPT dan Artificial Intelligence (AI) yang dilihat sering digunakan dalam menulis perkongsian di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Sazzy atau nama lengkapnya Sazlini Shamsul Falak tidak menafikan bahawa penggunaan AI boleh membantu sesetengah individu dalam penulisan mereka.

Advertisement

Namun, pelakon filem Gol & Gincu ini berpendapat bahawa kebergantungan secara berlebihan terhadap teknologi ini boleh menyebabkan seseorang tidak dapat meluahkan sesuatu melalui hati dan perasaan mereka.

“Dalam era teknologi hari ini, sama ada AI, ChatGPT atau apa sahaja teknologi yang muncul selepas ini, saya melihat perubahan yang ketara dalam cara seseorang itu menggunakan media sosial.

“Lebih-lebih lagi ketika mereka media sosial seperti menerusi kapsyen dan cara mereka menggunakan bahasa.

“Walaupun saya hargai orang yang guna ChatGPT atau AI untuk bantu mereka meluahkan sesuatu serta membuatkan ayat itu nampak lebih “cantik”, sejujurnya saya rasa penggunaan benda ini buat ramai orang dah kurang meluahkan sesuatu dengan cara yang lebih jujur,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan Sazzy.

Menjengah ke ruangan komen, warganet berpendapat penggunaan AI sedikit sebanyak membuatkan seseorang itu menjadi lebih malas untuk berfikir kerana terlalu bergantung dengan teknologi tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement