Skip to main content

Hiburan

Scammer Buat Taktik Baru, Khairul Aming Minta Pelanggan Berhati-Hati - "Kami Tidak Bertanggungjawab..."

Khairul Aming Rembayung tempahan moreh

Sekilas

  • Khairul Aming dedahkan taktik baru scalper jual satu slot tempahan restoran Rembayung kepada dua individu berbeza.
  • Modus operandi ini menyebabkan kekeliruan dan kerugian kepada pelanggan yang membuat tempahan.
  • Khairul Aming tegaskan urusan jual beli dengan scalper adalah di luar tanggungjawab pihak restoran.

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan terdapat satu modus operandi baharu yang dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab melibatkan tempahan 'slot' di restoran miliknya, Rembayung.

Menurut Khairul Aming, pihak scalper kini didakwa menggunakan taktik lebih licik dengan menjual satu slot tempahan yang sama kepada dua individu berbeza, sekali gus menimbulkan kekeliruan dan kerugian kepada pelanggan.

“Sekarang ada modus operandi baru di mana scalpers akan jual satu booking yang sama kepada dua orang berbeza.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut menegaskan bahawa sebarang urusan jual beli yang dilakukan melalui pihak ketiga atau scalper adalah di luar tanggungjawab mereka.

“Saya mohon jasa baik untuk jangan beli dari scammers ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang urusan jual beli dengan mereka,” tegasnya lagi.

“Both customers datang serentak dengan satu booking yang sama. Ini dah jadi isu scam sebenarnya, dan di luar bidang kuasa kami,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement