Sekilas
- Saharul Ridzwan berkongsi pesanan isterinya agar wanita lebih berhati-hati dan periksa sekeliling sebelum berwuduk di tempat awam.
- Isterinya bimbang tentang kemungkinan CCTV yang menghala ke arah tempat wuduk di beberapa premis.
- Warganet menyeru pihak pengurusan premis supaya lebih peka dalam menempatkan kamera keselamatan bagi menjaga privasi wanita Muslim.
Pelakon, Saharul Ridzwan menitipkan pesanan kepada kaum wanita agar lebih peka dan berhati-hati ketika menunaikan solat di kawasan awam.
Saharul, berkata dia menyampaikan pesanan daripada isterinya, Qaabila Deena Emir yang meminta agar wanita lain perlu berhati-hati dan memeriksa keadaan sekeliling sebelum berwuduk.
Menurut aktor itu, isterinya meluahkan kebimbangan tentang kemungkinan wujud kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menghala ke arah tempat wuduk di sesetengah premis.
"Pesanan kepada wanita yang ingin solat di tempat awam. Isteri saya minta sampaikan pada semua.
"Sebelum ambil wuduk, rajin-rajin jenguk ke atas, sebab kadang-kadang ada CCTV yang menghala ke arah tempat wuduk. Semoga Allah pelihara semuanya,” katanya.
Perkongsian berkenaan mencetuskan berdebatan ramai wargamaya yang rata-ratanya turut meluahkan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan privasi wanita di kawasan awam.
Warganet bersetuju bahawa pihak pengurusan premis perlu lebih peka dalam menempatkan kamera keselamatan agar tidak menjejaskan aurat pengguna, khususnya wanita Muslim yang menggunakan surau atau ruang wuduk.
Sumber: Threads