Skip to main content

Hiburan

Sebelum Terlibat Dengan Muay Thai, Johan Ghazali Pernah Berbadan Gempal - "Kalau Ada Yang Ajak Bersukan, Saya Akan…"

Jojo Ghazali

Petarung Muay Thai negara iaitu Johan ‘Jojo’ Ghazali memaklumkan dirinya bukanlah seorang yang meminati aktiviti melibatkan fizikal sebelum menceburkan diri dalam sukan tinju.

Menurut Jojo, dia juga pernah menggelarkan seseorang itu sebagai bodoh hanya kerana mengajaknya untuk bersenam.

“Sebelum terlibat dengan sukan Muay Thai, saya bukanlah seorang yang gemar akan olahraga.”

“Saya bukannya seorang petinju yang ‘gifted’ malah saya seorang budak yang berbadan gempal dan suka bermain kiub rubik serta suka membaca.”

“Dan kalau ada yang mengajak saya untuk bersenam atau pergi ke gimnasium, saya akan panggil mereka bodoh,” kongsi Jojo.

Jojo berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast ‘Studio Sembang’ yang dikendalikan pelakon jelita, Amelia Henderson.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Jojo berpendapat segalanya berubah selepas dia mula mempelajari sukan Muay Thai.

Ujar Jojo, sukan tersebut telah banyak mengajar dirinya tentang disiplin dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu. 

“Tetapi selepas sahaja saya belajar Muay Thai, berlawan di atas gelanggang, saya jadi jatuh cinta dengan sukan ini.

“Apa yang saya belajar ialah, kita kena belajar banyak perkara sebab kalau saya tak belajar Muay Thai, saya tak tahulah akan jadi apa.

“Bila saya berada di atas gelanggang, timbul satu perasaan yang sukar untuk saya gambarkan. Anda kena cuba sendiri.”

Sumber: Studio Sembang

Must-Watch Video

Advertisement