Skip to main content

Hiburan

Sebuah Pengkhianatan Yang Membakar, Aina Abdul Kongsi Konsep Busana Di AJL40 - “Sebahagian Dari Gunung Berapi Yang…”

Sebuah Pengkhianatan Yang Membakar, Aina Abdul Kongsi Konsep Busana Di AJL40 - “Sebahagian Dari Gunung Berapi Yang…”

Sekilas

  • Aina Abdul berkongsi konsep persembahan lagu Kamu di AJL40 yang menggambarkan luka, pengkhianatan, dan kekecewaan melalui metafora gunung berapi.
  • Busana ciptaan Melinda Looi melambangkan hati yang meletus dengan emosi, menjadikan persembahan Aina lebih bermakna dan penuh simbolik.
  • Aina memenangi Persembahan Terbaik dan Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee, serta akan mewakili Malaysia di Pertandingan Lagu Eurovision.
Advertisement

Penyanyi, Aina Abdul berkongsi konsep yang dibawanya ketika melakukan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani ini menjelaskan bahawa lagu Kamu bukan sekadar sebuah persembahan, sebaliknya ia menggambarkan luka, pengkhianatan, dan kekecewaan.

Advertisement

“Kamu bukan sekadar sebuah lagu. Ia adalah luka yang akhirnya diberi suara.

“Sebuah pengkhianatan yang membakar, kemarahan yang lama dipendam & kekecewaan yang meletus seperti gunung berapi selepas terlalu lama hati memilih untuk diam,” tulisnya.

Berkongsi mengenai busana yang diperagakannya, Aina berkata ia merupakan gambaran sebahagian daripada gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus.

“Busana ciptaan Melinda Looi pula menjadikan Aina Abdul sebahagian daripada kalangan gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus.

“Gambaran hati dan jiwa yang tertusuk akibat dikhianati. Ia indah pada pandangan, namun menyimpan luka di sebaliknya.

“Melalui konsep ini, gunung berapi menjadi metafora kepada perjalanan emosi dalam "KAMU" sesuatu yang bermula jauh di dalam, terus membara dan akhirnya meletus sebagai sebuah kuasa yang tidak dapat dibendung,” kongsinya.

Perkongsian itu secara tidak langsung memberi penjelasan terhadap konsep yang dibawa Aina sekali gus menjawab persoalan ramai  mengenai kisah di sebalik busana yang digayakannya pada malam tersebut.

Untuk info, Aina telah memenangi kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi menjadi milik Aina Abdul selepas mempamerkan persembahan yang memukau.

Pada malam kemuncak itu, Aina Abdul turut memenangi Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Sumpah itu turut mewakili Malaysia di Pertandingan Lagu Eurovision (Eurovision Song Contest).

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement