Usahawan sensasi, Jofliam mencuri perhatian netizen selepas membuat satu kenyataan yang dianggap kurang bijak.
Menerusi satu potongan video yang dikongsikan di Threads, Jofliam berkongsi satu momen dia menghantar anaknya ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan.
Dalam video tersebut, anaknya, Han dilihat menarik beg roda sekolah sambil menyandang beg badminton di bahunya.
Namun apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila usahawan yang terkenal dengan perniagaan pizza itu menyebut legenda badminton China, Lin Dan sebagai atlet negara.
“Hari pertama Yuki sekolah. Dua-dua sempat sampai walaupun lokasi berbeza.
Kena tinggal sekolah Yuki hari ini sebab ada parents orientation.
“Sorang dah macam pemain badminton negara, Lin Dan,” katanya dalam video tersebut.
Kenyataan itu pantas mencetuskan perdebatan apabila ramai netizen mempersoalkan tahap pengetahuan am Jofliam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meninggalkan reaksi sinis dan menyifatkan pempengaruh itu sering mengeluarkan kenyataan yang kurang bijak sehingga menimbulkan kontroversi.
“Penat penat Dato Lee Chong Wei harumkan nama negara kita, tibe nama orang lain dapat hmm
“Nohhhh aku pelik kenapa nama lindan tetiba naik. Rupanya…
“Nampak sgt x pandai, pengetahuan am amat terhad
“Jenis cakap tak pakai otak gitulah
“Kesian hanyuki ada papa benakkk camni..nasib hanyuki cerdikk macam mama,” tulis netizen.
Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!
Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!