Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Sebutan Sudah Hampir Sempurna” – Kolaborasi Bersama Dalam Single Bahasa Mandarin, Firdhaus Puji Penguasaan Bahasa Mandarin Siti Nurhaliza

Astro Gempak 252

Sekilas

  • Firdhaus puji sebutan bahasa Mandarin Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam single duet mereka, Be Like Water, yang dianggap hampir sempurna walaupun Siti tidak pernah belajar bahasa tersebut sebelum ini.
  • Lagu Be Like Water ditulis tanpa sasaran penyanyi tertentu dan Firdhaus berasa gementar ketika memperdengarkannya secara langsung kepada Siti dan Datuk K di kediaman mereka.
  • Walaupun lagu ini tidak banyak menggunakan nota tinggi, kekuatan vokal dan keikhlasan penyampaian Siti tetap menonjol dalam lagu tersebut.
Advertisement

Penyanyi dan komposer yang mencipta nama dalam industri muzik Mandarin, Firdhaus memuji sebutan bahasa Mandarin Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam single duet sulung mereka berjudul Be Like Water yang disifatkannya hampir sempurna.

Firdhaus atau nama sebenarnya Muhammad Firdhaus Farmizi, 28, berkata, penguasaan bahasa Mandarin Siti amat membanggakan memandangkan penyanyi tersohor itu tidak pernah mempelajari bahasa berkenaan sebelum ini.

“Bagi saya, sebutan TokTi sudah hampir sempurna. Untuk orang Melayu yang memang langsung tak pernah belajar bahasa Cina, cara penggunaan lidah itu memang berbeza sedikit.

“Dalam tempoh tiga jam itu saya ajar TokTi bagaimana hendak menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Mandarin.

“Untuk seseorang yang langsung tidak pernah belajar bahasa Cina, saya rasa sebutan TokTi sangat-sangat bagus,” katanya pada majlis pelancaran single Be Like Water di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam masa sama, Firdhaus mendedahkan lagu tersebut pada asalnya ditulis tanpa membayangkan siapakah penyanyi yang bakal merakamkannya.

“Sewaktu saya tulis lagu ini, saya langsung tak fikir siapa yang akan menyanyikannya. Fokus saya cuma mahu hasilkan sebuah lagu yang mempunyai mesej yang kuat.

“Selepas siap, saya hantar demo kepada syarikat rakaman. Ketika itu maklum balas yang diterima biasa-biasa sahaja, jadi saya pun agak gementar,” katanya.

Menurut pelantun lagu Gulf of Alaska itu, dia semakin berdebar apabila berpeluang memperdengarkan lagu tersebut secara langsung kepada Siti di kediaman penyanyi berkenaan.

“Bila saya pergi rumah TokTi dan menyanyikan lagu ini di depan Datuk K dan TokTi, memang saya sangat gementar.

“Tetapi selepas saya habis menyanyi, TokTi terus cakap dia suka lagu itu. Masa itu saya memang gembira sangat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Firdhaus berkata, walaupun Be Like Water tidak menampilkan banyak nota tinggi, kekuatan vokal dan keikhlasan penyampaian Siti tetap

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must Watch Video

Advertisement