Sekilas
- Adam Corrie berkongsi pandangan mengenai Maiyaa, kekasih Ben Amir, yang menerima kritikan selepas memeluk Islam dan berharap orang ramai beri ruang serta masa kepadanya.
- Maiyaa atau Liana Alara menyatakan dia sedang belajar perlahan-lahan dan berasa tenang dengan sokongan yang diterima, menegaskan Islam adalah agama penuh kasih sayang.
- Maiyaa memeluk Islam pada 11 November 2025 di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan berharap dengan masa dan bimbingan, semuanya akan menjadi lebih baik.
Perkongsian pelakon Adam Corrie yang berkongsi pendapat mengenai kekasih kepada aktor Ben Amir iaitu Maiyaa yang diserang netizen disebabkan penampilan selepas menjadi memeluk Islam.
Pernah menerima tekanan dan kritikan pada awal menjadi mualaf, Adam berharap semua pihak memberi ruang dan masa kepada Maiyaa selain menunjukkan contoh yang baik.
Membalas perkongsian itu, Maiyaa atau nama Islamnya Liana Alara berkata dia sedang belajar secara perlahan-lahan dan berasa tenang membaca kata-kata yang dikongsikan Adam.
“Betul sangat. Terima kasih untuk peringatan ini. Sebagai seorang mualaf, saya pun tengah belajar perlahan-lahan.
“Kadang-kadang tekanan dan kritikan boleh menjadi berat. Tapi perkataan seperti ini sangat membantu,” balasnya.
Pada perkongsian yang sama, Maiyaa memberitahu agama Islam sepatutnya penuh dengan kasih sayang bukannya menakutkan. H
“Islam sepatutnya lembut, penuh kasih, bukan menakutkan. InsyaAllah, dengan masa, bimbingan yang baik, dan Allah's mercy, everything will get better,” katanya.
Untuk rekod, kekasih Ben Amir iaitu Maiyaa atau nama Islamnya, Liana Alara dilaporkan memeluk agama Islam pada 11 November 2025 di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Threads - Adam Corrie