Sekilas
- George Clooney mengumumkan beliau tidak lagi berminat untuk melakonkan babak romantik, terutama adegan cium, kerana faktor usia.
- Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan isterinya, Amal Clooney, dan beliau kini berusia 63 tahun.
- Clooney juga menolak tawaran berlakon dalam filem romantik baru-baru ini sebagai bukti komitmennya.
Bintang veteran Hollywood, George Clooney memberitahu beliau tidak lagi berminat dengan tawaran berlakon yang memerlukannya terlibat dengan babak romantik.
Menerusi temu bual bersama Daily Mail, keputusan tersebut diambil selepas berbincang dengan isterinya, Amal Clooney.
Beliau mengatakan salah satu faktor menolak melakonkan babak romantik terutama adegan cium kerana usia.
“Saya tidak akan melakonkan babak bercium lagi,” kata bintang Ocean Seventeen itu.
Clooney kemudian menyambung: “Sewaktu usia 60 tahun, saya berborak dengan isteri. Saya mungkin masih boleh bermain bola keranjang lagi dengan anak-anak usia 25 tahun.
“Tapi untuk saya bersaing dengan pelakon berusia 25 tahun, menjadi hero, itu bukan saya lagi. Saya sudah masuk 63 tahun sekarang. Saya tidak akan terlibat dengan adegan romantik lagi.”
Hal itu dibuktikan Clooney apabila beliau menolak bermain di dalam sebuah filem romantik pada Mac lalu.