Skip to main content

Hiburan

Sedia Menjadi Ibu, Yuna Serah Semua Pada Rezeki Allah - “Saya Sudah Mula Rasa…”

Yuna

Penyanyi, Yuna akui menyimpan hasrat untuk bergelar sebagai seorang ibu. 

Menurut Yuna atau nama penuhnya Yunalis Mat Zara’ai membina keluarga sendiri merupakan salah satu matlamat utama dalam hidupnya selain memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan menjaga kesihatan diri.

“Sudah tentu saya ada perancangan mahu ada keluarga sendiri, itu antara goals saya dalam hidup.Itu antara perkara yang penting bagi saya selain muzik dan kesihatan. 

“Bila usia makin meningkat, saya sudah mula rasa sakit belakang… jadi kenalah jaga diri dengan berdiet dan bersenam,” katanya kepada Gempak. 

Bagaimanapun, pelantun lagu Crush itu menegaskan dia dan suami, Adam Sinclair tidak mahu terlalu terburu-buru, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan rezeki.

“Sekarang kami berada di tempat yang betul, dah pulang ke Malaysia. Keluarga pun sangat menyokong. Cuma belum ada rezeki lagi… insya-Allah, doakan untuk saya,” ujarnya.

Mengulas mengenai kemungkinan menggunakan kaedah moden seperti IVF, Yuna memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut kerana menganggap ia terlalu peribadi.

“Bagaimana cara untuk kami mempunyai anak, kami biarkan ia secara privasi,” katanya.

Untuk rekod, Yuna dan Adam mendirikan rumah tangga pada 26 Januari 2018 dalam majlis tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Dalam perkembangan lain, konsert The Valour Hour bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 7 Februari tahun depan.

Tiket konsert akan mula dijual pada 8 Disember untuk Yunationals, 9 Disember bagi pra-jualan dan dibuka kepada umum pada 11 Disember.

Must-Watch Video

Advertisement