Skip to main content

Viral

Sedih Dituduh 'Penunggang Agama', PU Riz Beri Tempoh 48 Jam Minta Maaf - "Saya Boleh Memaafkan, Tapi ..."

Sedih Dituduh 'Penunggang Agama', PU Riz Beri Tempoh 48 Jam Minta Maaf - "Saya Boleh Memaafkan, Tapi ..."

Sekilas

  • PU Riz menegaskan dia memiliki tauliah mengajar agama sejak 2020 dan menafikan dakwaan bahawa dia tidak berkelayakan.
  • Beliau menjelaskan latar belakang pendidikannya termasuk pengajian di Mesir, UIAM, dan baru menamatkan Sarjana di OUM.
  • PU Riz berharap orang ramai menghormati usaha pendidikannya dan berkongsi impian untuk sambung PhD serta menjadi pensyarah.
Advertisement

Pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz meluahkan rasa terkilan apabila kelayakan akademik dan tauliah mengajar agama yang dimilikinya dipertikaikan segelintir pihak.

Menurut suami kepada selebriti Neelofa itu, dakwaan kononnya dia tidak mempunyai tauliah merupakan satu tuduhan serius memandangkan dirinya sudah memiliki tauliah mengajar agama sejak 2020.

Advertisement

“Pertama sekali, dakwaan bahawa saya tidak mempunyai tauliah itu memang agak serius. Saya sebenarnya mempunyai tauliah sejak tahun 2020 lagi dan tauliah tersebut merupakan tauliah mengajar agama.

“Kedua, berhubung persoalan mengenai kelayakan pendidikan, ada juga pihak yang menulis pelbagai perkara sehingga sedikit sebanyak menyentuh perasaan saya,” katanya kepada Gempak.

PU Riz berkata demikian ketika sidang media khas di pejabat peguam Faizal Rahman & Co di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Advertisement

Menjelaskan latar belakang pendidikannya, PU Riz berkata dia pernah melanjutkan pengajian di Mesir sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Malah, dia turut memaklumkan baru sahaja menamatkan pengajian Sarjana Pengajian Islam di Open University Malaysia (OUM) minggu lalu.

“Jadi, saya harap selepas ini tidak timbul lagi persoalan mengenai kelayakan pendidikan mahupun tauliah yang saya miliki,” ujarnya.

Dalam masa sama, PU Riz menjelaskan orang ramai boleh menyemak maklumat berkaitan kelayakan akademiknya menerusi universiti terlibat, manakala status tauliah pula melalui Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pendakwah itu mengakui kritikan berterusan yang diterimanya sedikit sebanyak mengguris perasaan, terutama apabila melibatkan usaha dan perjalanan pendidikannya.

“Saya sebenarnya sedih dengan perkara ini.

“Kita memberikan tazkirah kepada orang ramai, jadi saya rasa tidak salah sekiranya ada pihak yang mahu mengkritik. Itu tidak menjadi masalah. Mungkin mereka tidak bersetuju dengan apa yang saya sampaikan dan itu perkara biasa.

“Namun, apabila melibatkan kelayakan pendidikan, saya harap mereka dapat menghormati usaha dan perjalanan saya dalam menuntut ilmu,” katanya.

Tambah PU Riz, dia tidak menolak sebarang teguran, namun menyifatkan serangan peribadi yang diterimanya di media sosial sebagai keterlaluan.

“Saya juga minta maaf kerana saya manusia biasa yang mempunyai perasaan. Sedikit sebanyak, saya turut terasa dengan apa yang diperkatakan,” luahnya.

Dalam pada itu, PU Riz yang mempunyai 9.2 juta pengikut di media sosial turut berkongsi impiannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan bergelar pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi.

Mengakhiri penjelasan, dia mengakui mampu memaafkan pihak yang mengkritiknya, namun segala kata-kata yang dilemparkan tetap meninggalkan kesan.

“Saya boleh memaafkan, tetapi bukan bermakna saya akan melupakan segala perkara yang pernah diperkatakan. Itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa PU Riz tidak mempunyai tauliah dan dilabel ‘penunggang agama’ rentetan isu pembatalan acara Nunha Meet & Greet di Johor yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober lalu yang dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan susulan keadaan jerebu.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Jeep JP-EW011 TWS Earphones

Jeep JP-EW011 TWS Earphones

UGREEN MFi Certified USB C To Lightning Cable PD 60W Fast Charging Data Transfer Apple iOS iPhone 14 Pro 13 12 11 iPad

UGREEN MFi Certified USB C To Lightning Cable PD 60W Fast Charging Data Transfer Apple iOS iPhone 14 Pro 13 12 11 iPad

Must Watch Video

Advertisement