Skip to main content

Hiburan

Sedih ‘Eric’ Mati, Nabila Huda Tak Sangka Akan ‘Attach’ Dengan Burung Gagak - “Kekosongan Yang Biasa & Ia Lebih Menyakitkan…”

Nabila Huda

Sekilas

  • Pelakon Nabila Huda berkongsi kesedihan apabila burung gagak kesayangannya, Eric, meninggal dunia semasa penggambaran berlangsung.
  • Dia meluahkan rasa terikat dengan Eric dan mengakui perasaan kehilangan itu sama seperti ketika kehilangan kucingnya, Aoki.
  • Nabila mengucapkan terima kasih atas saat bersama Eric dan berharap dapat bertemu semula di syurga kelak.
Advertisement

Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa sedih apabila burung gagak yang diberi nama Eric mati ketika dia sedang menjalani penggambaran. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Nabila atau mesra disapa sebagai Abil berkata dia tidak menyangka akan berasa begitu terikat dengan haiwan tersebut. 

 

“Dengan rasa berat hati, saya sangat sedih untuk berkongsi yang Eric mati ketika kami sedang jalani penggambaran. Inilah masalah bila jadi an animal lover

Advertisement

 

“Saya tak perlukan mereka untuk menjadi milik saya baru saya mencintai mereka. Sebaik sahaja mereka menemui tempat di hati saya, mereka akan kekal di sana. 

 

“Saya tak pernah sangka saya akan begitu terikat dengan seekor burung gagak,” kongsi Nabila. 

 

Pada perkongsian yang sama, Nabila juga merasai perasaan yang sama juga ketika kehilangan kucing kesayangannya iaitu Aoki. 

 

“Bila Eric pergi, sama rasa macam masa hilang Aoki. Grief dia datang balik. Kekosongan yang biasa dan ia lebih menyakitkan daripada yang saya jangkakan. Terima kasih untuk setiap saat Eric.

 

“You were such a beautiful soul and I'm grateful our paths crossed walaupun kejap. Anda bebas sekarang. Terbang setinggi yang anda boleh. Sampai jumpa di syurga nanti ok sayang?” ujarnya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement