Skip to main content

Hiburan

“Sedikit Culture Shock Selepas Datang Ke Sini, Kalau Di Indonesia..." - Caitlin Halderman

“Sedikit Culture Shock Selepas Datang Ke Sini, Kalau Di Indonesia..." - Caitlin Halderman

Sekilas

  • Caitlin Halderman berkongsi pengalaman pertama menjalani penggambaran di Malaysia untuk siri The Hidden Hand dan merasa suasana kerja di sini lebih intim dengan kru yang lebih kecil berbanding Indonesia.
  • Pelakon Indonesia itu menyukai suasana mesra dan bahasa yang hampir sama antara Malaysia dan Indonesia, serta berasa seperti di rumah sendiri sepanjang berada di Malaysia.
  • Caitlin juga menghargai peluang bekerja bersama Meerqeen dan Hannah Delisha yang mesra dan terbuka berkongsi pengalaman industri seni di kedua-dua negara.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman berkongsi pengalaman menarik sepanjang menjalani penggambaran untuk siri The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan).

Menurut Caitlin, pengalaman tersebut memberikan perspektif baharu kepadanya mengenai industri seni di Malaysia, terutama dari segi suasana kerja dan jumlah kru yang terlibat dalam sesebuah produksi.

Advertisement

“Ini kali pertama saya menjalani penggambaran di sini. Saya sangat seronok sepanjang berada di Malaysia dan saya suka orang Malaysia.

“Rasanya seperti berada di rumah sendiri kerana bahasa yang kita gunakan di Indonesia dan Malaysia hampir sama. Saya juga suka makanan di sini. Semua orang sangat baik dan mesra. Jadi, saya pasti akan kembali ke Malaysia jika berpeluang,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Caitlin mendedahkan perkara yang paling mengejutkannya ketika mula menjalani penggambaran di Malaysia ialah jumlah kru yang terlibat dalam produksi.

Advertisement

“Sedikit sebanyak saya mengalami kejutan budaya ketika datang ke sini baru-baru ini. Kalau di Indonesia, sesebuah siri boleh melibatkan ratusan orang kru.

“Tetapi ketika saya tiba di sini, jumlahnya hanya sekitar 20 orang. Saya tertanya-tanya, ‘Oh, sudah? Memang ini sahaja?’" ujarnya. 

Bagaimanapun, Caitlin melihat keadaan tersebut dari sudut positif apabila suasana kerja yang lebih intim membolehkannya mengenali ahli produksi dengan lebih dekat.

“Jadi, suasananya lebih intim dan saya dapat mengenali setiap orang dengan lebih dekat,” tambahnya. 

Mengulas mengenai pengalamannya bekerja bersama Meerqeen dan Hannah Delisha, Caitlin menyifatkan mereka sebagai individu yang menyeronokkan selain terbuka untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan mengenai industri seni di negara masing-masing.

“Saya suka mereka. Mereka sangat menyeronokkan dan mesra. Mereka juga berkongsi dengan saya tentang industri hiburan di Malaysia, manakala saya turut berkongsi mengenai industri hiburan di Indonesia.

“Jadi, kami banyak berbual, berbincang dan berkongsi pengalaman,” katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement