Skip to main content

Hiburan

Sedondon Serba Putih, Bella Astillah Kongsi Video ‘Photoshoot’ Bersama Syed Saddiq

Sedondon Serba Putih, Bella Astillah Kongsi Video ‘Photoshoot’  Bersama Syed Saddiq

Sekilas

  • Bella Astillah dan tunangnya, Syed Saddiq, berkongsi video sesi fotografi pra-perkahwinan mereka dengan tema serba putih di Instagram.
  • Bella mengenakan kebarung manakala Syed Saddiq berbaju Melayu dalam rakaman yang mencuri perhatian ramai pengikut.
  • Pasangan ini dijadualkan melangsungkan pernikahan pada 10 Oktober 2026 dengan konsep serba putih dan elemen Arab.
Advertisement

Perkongsian terbaharu penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai menjelang hari bahagia mereka pada 10 Oktober depan.

Menerusi media sosial, Bella berkongsi video memaparkan mereka menjalani sesi fotografi bersama dalam persalinan sedondon serba putih.

Advertisement

Dalam rakaman tersebut, Bella anggun mengenakan kebarung manakala Syed Saddiq tampil segak berbaju Melayu.

“Okay this is actually happening,” tulisnya ringkas dalam kapsyen.

Perkongsian tersebut mengundang keterujaan pengikut yang semakin tidak sabar menantikan pasangan berkenaan disatukan sebagai suami isteri.

Advertisement

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 10 Oktober 2026 selepas mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Pasangan itu juga dilaporkan memilih konsep serba putih dengan elemen Arab untuk majlis pernikahan mereka.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement