Sekilas
- Izreen Azminda berkongsi pengalamannya berlakon babak kasar bersama pelakon veteran Wan Maimunah dan sentiasa memohon maaf selepas penggambaran.
- Walaupun babak tersebut adalah tuntutan kerja, Izreen berasa segan dan risau akan mengguris hati Wan Maimunah yang sangat profesional sepanjang penggambaran.
- Perkongsian Izreen mendapat pujian netizen atas sikap hormat dan adab yang ditunjukkan terhadap pelakon veteran itu.
Pelakon, Izreen Azminda menyorot perhatian apabila berkongsi pengalamannya berlakon bersama pelakon veteran, Wan Maimunah.
Menerusi hantaran di TikTok, Izreen memaklumkan dia sentiasa memohon maaf kepada Wan Maimunah setiap kali selesai penggambaran kerana perlu melakonkan babak kasar seperti menonyoh makanan serta membaling objek terhadap pelakon veteran air mata itu.
Ujar Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, meskipun apa yang dilakukan itu hanyalah tuntutan kerja namun, dia tetap berasa segan dan bimbang jika perbuatannya itu akan mengguris hati Wan Maimunah.
“Setiap kali lepas shoot, kakak (panggilan Izreen) minta ampun, minta maaf pada ibu Wan Maimunah. Kakak takut ibu sakit, tulisnya.
Izreen turut memuat naik video memaparkan beberapa babak kasar yang perlu dilakonkannya terhadap Wan Maimunah.
Dalam masa yang sama, pelakon berusia 40 tahun itu meluahkan rasa kagum dengan sikap profesionalisme Wan Maimunah sepanjang penggambaran dengannya.
“Penyudahnya ibu marah kalau kakak tak hempuk betul-betul.
“Ibu yang minta kakak all out baru dia akan rasa energy yang sama.
“Tapi ibu memang power, kakak terus tenggelam tanpa noktah kalau dengan ibu,” tulisnya lagi.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memuji adab ditunjukkan Izreen.
Sumber: TikTok Izreen Azminda