Sekilas
- Nylea dinobatkan Juara Dewi Remaja 2025 selepas menunjukkan keyakinan dan kecerdasan dalam sesi soal jawab episod finale program itu.
- Beliau membawa pulang wang tunai RM15,000, selempang dan trofi serta memenangi empat daripada tujuh cabaran sepanjang program.
- Tempat kedua hingga keempat serta anugerah khas seperti Dewi Persahabatan dan Dewi Favourite turut diumumkan dengan hadiah wang tunai dan selempang.
Juara Dewi Remaja 2025, Nylea mendapat perhatian netizen selepas rakaman segmen sesi soal jawab episod finale program itu tular di media sosial.
Rakaman itu memaparkan keyakinan dan kecerdasan Nylea ketika menjawab soalan yang diberikan juri.
Soalan tersebut adalah:
“Peranan kecerdasan buatan atau Al semakin mengubah cara manusia bekerja, belajar dan berinteraksi. Apakah peranan manusia yang tidak boleh digantikan oleh teknologi, tidak kira sejauh mana ia berkembang?”
Rata-rata netizen memuji penyampaian Nylea yang dianggap matang dan tersusun, seiring dengan imej seorang Dewi Remaja.
Antara komen yang diberikan netizen adalah:
“Ini baru betul layak jadi juara Dewi Remaja. Cara dia jawab tu nampak sangat educated dan intelligent,” komen netizen.
“Beauty with brain... She deserves it my queen,”
“Ni dah layak Ms malaysia atau Miss Universe,”
Untuk info, Nylea membawa pulang wang tunai RM15,000, selepang dan trofi. Dalam masa sama, dia turut membuktikan kemampuan apabila berjaya memenangi empat daripada tujuh cabaran sepanjang program.
Di pentas akhir, keyakinan dan versatiliti Nylea terserlah menerusi dua tugasan utama iaitu persembahan bebas serta sesi soal jawab, sekali gus melayakkannya bergelar Dewi Remaja 2025.
Tempat kedua dimenangi peserta Kuala Lumpur, Nelysa Kay yang membawa pulang RM10,000, selempang dan trofi.
Dheper dari Pulau Pinang meraih tempat ketiga dengan hadiah RM5,000, manakala Marisa di tempat keempat menerima RM2,000, selempang dan trofi.
Anugerah Dewi Persahabatan menjadi milik Elisha Chew yang turut menerima RM2,000, selempang dan trofi.
Peserta dari Tuaran, Sabah, Sharmaine pula dinobatkan sebagai Dewi Favourite selepas meraih lebih 90,000 undian peminat, membawa pulang hadiah wang RM2,000, selempang dan trofi.