Sekilas
- Filem seram Indonesia, Munafik: Melawan Iblis, menduduki tangga pertama carta Top Movies GSC hanya sehari selepas tayangan.
- Filem ini bersaing dengan filem antarabangsa seperti Resident Evil dan Avengers Endgame Encore serta mendapat sambutan hangat dari netizen.
- Munafik: Melawan Iblis akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 1 Oktober depan dengan barisan pelakon baru menggantikan versi Malaysia.
Baru satu hari ditayangkan filem seram Indonesia, Munafik: Melawan Iblis mencipta fenomena tersendiri apabila menduduki tangga pertama carta Top Movies GSC.
Lebih membanggakan, filem ini juga berjaya menjadi pilihan netizen malah bersaing dengan deretan filem antarabangsa besar antaranya Resident Evil, V, Heart of The Beast dan Avengers Endgame Encore.
Sebelum ini, Munafik: Melawan Iblis mendapat respon baik daripada penonton Indonesia dan memecah rekod tersendiri apabila berjaya menarik lebih 50,000 penonton ke pawagam pada hari pertama tayangan.
Munafik : Melawan Iblis dibintangi Arya Saloka, Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Izabel Jahja, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari yang menggantikan watak-watak asal versi Malaysia seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Sabrina Ali.
Filem ini merupakan terbitan Unlimited Production dan Skop Productions, serta sokongan oleh Legacy Pictures, AZ Films, dan Komet Productions.
Manakala Astro Shaw bertindak selaku rakan pemasaran di Malaysia Filem yang dijadualkan ditayangkan September ini mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam dalam menyelamatkan seseorang dari jeratan iblis.
Munafik: Melawan Iblis ini juga akan dibawa ke pawagan di Malaysia pada 1 Oktober depan.