Skip to main content

Konsert

Sejarah Tercipta, Dewa 19, Padi Reborn Satu Pentas di Konsert Dewa 19 - Cintaku TerTinggal di Malaysia

Astro Gempak dewa19

Sekilas

  • Dewa 19 akan mengadakan konsert 'Cintaku TerTinggal di Malaysia' pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
  • Konsert ini turut menampilkan Padi Reborn sebagai persembahan jemputan atas permintaan peminat di Malaysia.
  • Tiket akan mula dijual pada 27 Februari 2026 dengan pelbagai kategori harga, dan tema pakaian adalah T-shirt band original.

Dewa 19 bakal kembali mencetak sejarah dan kejayaan apabila kembali beraksi di Malaysia menerusi  konsert Dewa 19 - Cintaku TerTinggal di Malaysia.

Dewa 19 - Cintaku TerTinggal di Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment dijadual berlangsung pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Dewa 19 akan kembali ke Malaysia setelah kali terakhir di tahun 2023, mqsih bersama promoter Icon Entertainment.

“Kami kembali kerana ada permintaan peminat di Malaysia,” ujar Ahmad Dhani yang ditemui di restoran miliknya, Dewa 19 JavaRock Restography di Kemang, Jakarta Selatan, Indonesia.

Pada sidang media sama, Dhani turut mengumumkan Dewa 19 akan ditemani Pasi Reborn sebagai guest performance pada konsert Dewa 19 - Cintaku TerTinggal di Malaysia.

“Padi Reborn akan menjadi guest performance buat  konsert ini,”ujar Dewa 19 lagi yang kali tarakhir mengadakan konsert di Malaysia di tahun 2023.

Bercakap lanjut mengenai penampilan khas Padi Reborn, Iman Tang mengatakan ia dibuat berdasarkan permintaan peminat.

“Selain Dewa 19, Padi Reborn juga mempunyai peminat yang ramai di Malaysia jadi kita bawakan untuk konsert pada kali ini,” kata Iman.

Menariknya juga untuk kali ini, tema pakaian amat mudah dan menunjukkan sisi sejati peminat dalam meminati serta mengidolakan kedua-dua band terkenal ini iaitu T-SHIRT BAND ORIGINAL.

Untuk itu, Baladewa dan Sobat Padi, segeralah menjadi ‘Dewi’ dan ‘Mahadewi’. Jangan sampai kecundang dalam ‘peperangan yang seperti hantu’ dan tiket mulai di jual pada  Jumaat 27 Feb 2026, pada jam 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my/Dewa19
 
Pastikan kategori dan harga tiket iaitu RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta),  RM488 (Sedang Ingin Bercinta) menjadi milik anda kerana momen Dewa 19 - Cintaku Tertinggal di Malaysia tidak akan berlaku dua kali.

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement