Skip to main content

Hiburan

“Sekali Sekala Lewat Tiada Masalah, Kalau Setiap Hari Datang Lambat Itu Kurang Ajar” – Rosyam Nor Ulas Isu Pelakon Tak Menepati Masa

Astro Gempak 273

Sekilas

  • Datuk Rosyam Nor faham jika pelakon lewat sekali-sekala atas sebab munasabah, tapi datang lewat selalu dianggap kurang ajar.
  • Rosyam tekankan pentingnya disiplin masa kerana ia mempengaruhi peluang dan masa depan pelakon dalam industri.
  • Pelakon yang berdisiplin tinggi lebih mudah dapat peluang dan terus berkarya walaupun lakonan mereka sederhana.

Pelakon senior Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangannya mengenai isu segelintir pelakon yang didakwa tidak menghormati masa ketika berada di set penggambaran.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 59, berkata dia memahami sekiranya seseorang pelakon lewat sekali-sekala atas sebab tertentu.

“Kadang-kadang kita tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh pelakon itu. Mungkin dia berdepan sesuatu perkara, jadi kita terima sahaja.

“Sebenarnya pada zaman saya dahulu pun ada juga pelakon senior yang datang lewat. Bagi saya, itu antara rencah kehidupan dalam bidang lakonan.

“Namun, jika mereka sudah komited dengan kerja dan hanya sekali-sekala lewat dengan alasan munasabah, saya rasa tidak ada masalah. Tetapi kalau setiap hari datang lambat, itu sudah kurang ajar namanya,” katanya.

Tambah Rosyam, dia sendiri tidak pernah mengambil mudah soal masa kerana menganggap pekerjaan yang dilakukan sebagai rezeki yang perlu dihargai.

“Saya sendiri tidak pernah datang lewat. Bukan apa, saya anggap ini rezeki yang Allah berikan. Bila sudah diberikan rezeki, kita kena jaga.

“Kalau benar-benar lambat kerana jalan sesak atau ada masalah, beritahulah kepada pihak produksi. Tetapi janganlah sampai lima jam lewat,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Rosyam mengingatkan sikap tidak berdisiplin boleh memberi kesan kepada masa depan seseorang pelakon dalam industri.

“Bagi mereka yang sering datang lewat, mungkin hari ini mereka merasakan diri sangat diperlukan. Tetapi satu hari nanti mungkin mereka tidak lagi diperlukan.

“Ketika itu, kalau baru hendak memperbetulkan disiplin, mungkin sudah terlambat. Perkara seperti ini banyak berlaku di depan mata saya.

“Kadang-kadang orang memilih seseorang pelakon bukan semata-mata kerana lakonannya hebat, tetapi kerana disiplin yang ditunjukkan,” katanya.

Menurutnya lagi, pelakon yang memiliki disiplin tinggi lazimnya lebih mudah mendapat peluang untuk terus berkarya dalam industri.

“Walaupun lakonannya sederhana, tetapi jika disiplin baik, tidak merosakkan dan tidak menjejaskan produksi, saya rasa orang seperti itu akan menjadi pilihan.

“Malah saya lihat ramai yang mempunyai disiplin tinggi terus berkarya dan bekerja sehingga hari ini kerana diberikan peluang oleh produksi,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, pelakon Azhan Rani turut berkongsi pengalaman berdepan sikap segelintir rakan artis yang tidak menepati masa ketika menjalani penggambaran.

Anda mungkin berminat dengan

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement