Skip to main content

Hiburan

“Sekecil-Kecil Belacan Pun Saya Beli Di TikTok” - Scha Alyahya

“Sekecil-Kecil Belacan Pun Saya Beli Di TikTok” - Scha Alyahya

Sekilas

  • Scha Alyahya gemar membeli-belah dalam talian untuk jimat masa, termasuk barangan dapur kecil seperti belacan.
  • Dia menasihatkan pembeli supaya sentiasa membaca ukuran produk dan ulasan pengguna sebelum membuat pembelian dalam talian.
  • Scha dan suaminya, Awal Ashaari, diumumkan sebagai pengasas bersama platform e-dagang penstriman langsung, JAM, yang kini meluaskan operasi ke pasaran berbahasa Melayu.
Advertisement

Pelakon dan usahawan Scha Alyahya mengakui gemar membeli-belah secara dalam talian sehingga barangan dapur sekecil belacan juga dibeli menerusi platform e-dagang.

Menurut Scha, dia lebih selesa membeli secara dalam talian kerana dapat menjimatkan masa.

Advertisement

“Kalau Scha, kerap jugalah. Kalau sebulan mesti ada satu benda yang saya kena beli. Tapi bukan benda-benda mengarut.

“Kalau saya tahu ada event bulan depan, saya dah sediakan baju sendiri. Kalau dekat rumah ada benda yang saya perlukan dan harga lebih murah, saya akan beli sendiri.

“Saya takkan suruh pembantu saya beli. Tisu, benda-benda apa sahaja, daripada sekecil-kecil belacan pun saya akan cari dekat TikTok, saya akan beli dan mereka akan hantar. Sangat senang,” katanya.

Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman dirinya bersama suami, Awal Ashaari sebagai pengasas bersama platform e-dagang penstriman langsung, JAM, di ibu negara baru-baru ini.

Tambah Scha, sikapnya yang gemar melakukan sesuatu dengan pantas menyebabkan dia kurang menikmati pengalaman membeli-belah di pusat beli-belah.

“Sekarang bila kita pergi kedai pun orang takkan tanya sangat kita nak apa, mereka cuma senyum.

“Mungkin sebab saya seorang yang nak buat benda laju. Kadang-kadang saya tahu hari itu hari santai, saya keluar nak beli-belah, tapi saya tetap terburu-buru.

“Saya selalu cakap dekat diri sendiri, ‘Apa yang awak rushing sangat ni Scha?’ Hari ini hari santai, hari nak berehat, hari nak membeli-belah, tapi hati saya tetap nak buat semua benda laju.

“Sebab itu saya rasa lebih senang beli-belah dekat rumah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Scha turut berkongsi tip membeli-belah dalam talian dengan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa membaca ukuran produk sebelum membuat pembelian.

“Paling penting kena betul-betul tahu apa yang kita nak dan baca ukuran (measurement).

“Saya selalu ingatkan Awal. Kadang-kadang dia beli meja atau kerusi, bila sampai lain sangat daripada jangkaan.

“Saya tanya dia, ‘Awak baca tak ukuran tu? Awak ukur tak?’ Dia jawab tak, sebab tengok gambar saja.

“Jangan macam itu. Gambar kadang-kadang tak sama dengan saiz sebenar,” katanya.

Ditanya sama ada pernah menjadi mangsa penipuan ketika membeli-belah dalam talian, Scha berkata perkara itu tidak pernah berlaku kerana dia sentiasa membuat semakan ulasan pengguna terlebih dahulu.

“Saya tak pernah kena tipu lagi. Saya pembeli yang bijak.

“Saya akan baca ulasan. Kadang-kadang keputusan saya membeli itu dibuat berdasarkan ulasan, bukan sebab cadangan orang.

“Sama juga macam pilih makanan dekat Grab atau Shopee, saya akan tengok mana yang ulasan paling bagus dulu. Memang penting baca ulasan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Scha dan Awal secara rasmi diumumkan sebagai pengasas bersama platform e-dagang penstriman langsung, JAM, sekali gus menerajui usaha syarikat memperluaskan operasi ke pasaran pengguna berbahasa Melayu menerusi pelancaran JAM Bahasa.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Shoe Cleaning Cream Shoe Cream Sneaker Cleaner 260g Multifunctional Stain Removal Cream For Effective Shoes Stain Safety

Must Watch Video

Advertisement