Skip to main content

Hiburan

Sekejap Pakai, Sekejap Buka Niqab, Amyza Aznan Tak Anggap Itu Isu - “Tidak Wajib, Saya Pakai Untuk...”

Sekejap Pakai, Sekejap Buka Niqab, Amyza Aznan Tak Anggap Itu Isu - “Tidak Wajib, Saya Pakai Untuk...”

Sekilas

  • Amyza Aznan menjelaskan penampilannya dengan niqab adalah atas kehendak dan keselesaan diri sendiri, bukan kerana perubahan tertentu.
  • Dia memakai niqab secara spontan dan merasa lebih selesa serta tenang ketika mengenakannya.
  • Amyza tidak melihat pemakaian niqab secara tidak konsisten sebagai isu kerana ia bukan sesuatu yang wajib dan lebih mengutamakan keselesaan diri.
Advertisement

Pelakon Amyza Aznan menjelaskan penampilannya yang kadangkala mengenakan niqab bukan disebabkan sebarang perubahan tertentu, sebaliknya dilakukan atas kehendak dan keselesaan dirinya sendiri.

Menurut Amyza, dia mula mengenakan niqab secara spontan dan mengakui berasa lebih selesa serta tenang setiap kali tampil dengan penampilan sedemikian.

Advertisement

“Pakai niqab itu terjadi dengan sendiri. Kadang-kadang sahaja saya pakai niqab.

“Saya suka-suka nak pakai dan apabila berniqab, saya rasa lebih selesa serta tenang.

“Orang pun jadi jarang nak perasan kita apabila berada di luar,” katanya.

Advertisement

Dalam masa sama, Amyza mengakui ada segelintir individu yang tertanya-tanya mengenai tindakannya mengenakan niqab secara tidak konsisten.

Bagaimanapun, dia tidak melihat perkara tersebut sebagai satu isu memandangkan pemakaian niqab bukan sesuatu yang wajib.

“Ada juga yang tanya kenapa sekejap pakai, sekejap buka.

“Niqab tidak wajib, jadi tiada apa pun. Saya rasa kalau saya nak pakai, saya akan pakai.

“Kalau tidak mahu, saya tidak pakai dan rasanya itu tiada isu,” ujarnya.

Jelas Amyza, dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan pandangan orang ramai mengenai penampilannya dan lebih mengutamakan keselesaan diri.

Terdahulu, penampilan Amyza dengan niqab dalam beberapa perkongsian media sosial mencuri perhatian sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut mengenai perubahan imejnya.

Anda mungkin berminat dengan

Women Ladies Retro Round Neck Sleeveless Sweater Embroidered Twist Knit Cardigan

Women Ladies Retro Round Neck Sleeveless Sweater Embroidered Twist Knit Cardigan

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Must Watch Video

Advertisement