Sekilas
- Fazura berkongsi foto lama bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, yang dianggapnya sangat bermakna walaupun nampak biasa.
- Foto tersebut mengingatkan Fazura tentang hikmah dan rancangan Allah SWT yang penuh makna walaupun sukar difahami pada awalnya.
- Fazura menyifatkan kehadiran Fatima sebagai sumber kebahagiaan paling bermakna dalam hidupnya sekarang.
Pelakon dan penyanyi Fazura menyifatkan sekeping foto bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya sewaktu masih kecil sebagai sesuatu yang cukup bermakna meskipun kelihatan biasa pada pandangan mata.
Menerusi perkongsian di Threads, Fazura berkata, foto tersebut seakan menyimpan seribu cerita selain mengingatkannya tentang hikmah di sebalik setiap aturan Allah SWT.
“Sekeping foto yang biasa saja tapi punya seribu cerita.
“Ini mengingatkan dan menyedarkan sekali lagi bahawa rancangan Allah SWT itu mungkin tak selalu dapat dibaca, tapi akhirnya pasti penuh hikmah-Nya,” katanya.

Menurut Fazura, kehadiran Fatima menjadi antara kebahagiaan paling bermakna dalam kehidupannya ketika ini.
“Inilah bahagiaku yang cukup bermakna,” ujarnya ringkas sambil menitipkan tanda pagar MasyaAllahTabarakAllah dan Alhamdulillah.
Sumber: Threads