Nama Olla Ramlan memang sedang hangat diperkatakan media Indonesia.
Ia rentetan daripada keputusannya membuka tudung selepas enam tahun berhijab sehingga aksi lincah menari sewaktu memainkan muzik deejay di sebuah kelab malam.
Advertisement
Bukan itu sahaja, wanita berusia 45 tahun ini malah dikatakan sedang menjalin hubungan dengan bekas suami Ria Ricis, Teuku Ryan yang muda 15 tahun daripadanya.
Terkini, Olla kembali menyita perhatian apabila mengaku pernah melakukan percubaan bunuh diri. Tindakan bodoh itu mahu dilakukan sehingga tiga kali, katanya lagi.
“Kalau useless pernah useless sudah sampai mahu mengakhiri hidup. Itu kan sebenarnya dosa terbesar kita ya, (sudah) tiga kali,” ungkap Olla Ramlan di sebuah program TV seperti dilaporkan Viva.co.id.
Menurut Olla tindakan mahu mengakhiri hidup itu kerana berada di titik terendah hidup.
Malah dia juga mengaku segala kebahagian yang dipamerkan di media sosial hanya pencitraan.
“Orang hanya melihat saya happy yang saya kongsi di media sosial. Tapi sebenarnya hanya Allah yang benar-benar tahu perasaan saya,” katanya lagi.