Skip to main content
Advertisement

Hiburan

“Selalu Saja Keluar Dalam Fikiran MasyaAllah Bestnya Kalau Ada Sarah…” - Shuib

Shuib

Sekilas

  • Pelawak Shuib bersyukur dengan perjalanan hidup anak-anaknya yang sudah diatur oleh Allah, dengan Wais aktif dalam sukan golf, Thalita sebagai penyanyi, dan Matin mula berjinak dalam industri seni.
  • Matin juga sudah bersedia untuk menyertai musim terbaru program Tom Tom Bak, menunjukkan perkembangan positif dalam bidang seni.
  • Shuib akui sering teringat arwah isterinya, Siti Sarah, namun dia tetap redha dan mahu menikmati perjalanan hidup yang telah ditetapkan untuk keluarganya.
Advertisement

Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur dengan perancangan dan aturan Allah dalam perjalanan kehidupan anak-anaknya. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di TikTok, Shuib berkata anak sulungnya iaitu Wais aktif dalam sukan golf manakala Thalita dan Matin kini dalam bidang seni. 

 

“Matin ready for Tom Tom Bak Musim terbaru. Subhanallah, Alhamdulillah Allahuakbar. Syukur. 

Advertisement

 

“Abang Wais dengan golf dia, Thalita penyanyi, Matin dah mula berjinak-jinak dengan industri. Ini semua susunan Allah yang maha hebat,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Shuib juga mengakui dia kerap berfikir keadaan akan lebih bertambah bahagia dengan adanya Allahyarham isterinya, Siti Sarah. 

 

Namun Shuib tetap bersyukur dan mahu menikmati perjalanan yang sudah diaturkan oleh Allah untuk keluarganya. 

 

“Ya selalu saja keluar dalam fikiran ‘MasyaAllah bestnya kalau ada Sarah’. Yelah ini semua anak-anak yang dia lahirkan.

 

“Tapi inilah perjalananNya. Apa kita mampu buat?  Hanya ‘menikmati’. Yang baik-baik untuk anak-anak daddy Ibu dan Mummy.

 

“kami sentiasa ada untuk apa saja. Kita akan sama-sama ‘menikmati’ cerita ini sampai ke akhirnya. Sayang daddy dunia akhirat,” katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Everyday Plus Ankle Socks (3 Pairs) - Multi-Color [HJ9340-901]

Nike Men's Everyday Plus Ankle Socks (3 Pairs) - Multi-Color [HJ9340-901]

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Unisex X Speedportal.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GZ5109) Sport Planet 67-02

adidas Unisex X Speedportal.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GZ5109) Sport Planet 67-02

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

ELGINI E16278 Bra Sukan Autentik S-XXL | Authentic Sports Bra

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

【NANJIREN】Men's Boxer Ice Silk Briefs Lyraki Graphene Antibacterial Lyraki Seluar Dalam Lyraki Men's Underwear Briefs Breathable Boxer Briefs Men

Must Watch Video

Advertisement