Skip to main content

Hiburan

Selayaknya ‘Wedding Of The Year’! 3,000 Tetamu Raikan Resepsi Bella Astillah & Syed Saddiq

Selayaknya ‘Wedding Of The Year’! 3,000 Tetamu Raikan Resepsi Bella Astillah & Syed Saddiq

Sekilas

  • Majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq di MITEC dihadiri kira-kira 3,000 tetamu termasuk selebriti dan kenamaan.
  • Pasangan 'BASS' tampil sedondon dengan songket merah dan bertukar pakaian untuk acara memotong kek, diserikan dengan persembahan artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor.
  • Syed Saddiq dan Bella selamat disatukan pada 10 Oktober lalu dengan akad nikah di Menara Merdeka 118, lengkap dengan hantaran unik yang menarik perhatian ramai.
Advertisement

Majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.

Majlis penuh gemilang itu turut dihadiri barisan tetamu kenamaan, ahli keluarga, sahabat handai serta rakan selebriti yang hadir meraikan hari bahagia pasangan yang dikenali sebagai ‘BASS’ itu.

Advertisement

Pada malam bersejarah tersebut, Bella dan Syed Saddiq tampil sedondon menggayakan persalinan songket merah hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.

Pasangan tersebut kemudian bertukar kepada persalinan kedua bagi acara memotong kek dengan Bella anggun mengenakan gaun putih rekaan Alia Bastamam manakala Syed Saddiq tampil segak dalam sut daripada Hijabistahub.

Majlis resepsi yang mendapat sentuhan perancang acara Reka Teemor itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan istimewa daripada barisan penyanyi terkenal tanah air.

Advertisement

Antara yang membuat persembahan ialah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan lagu popularnya, Bukan Cinta Biasa.

Turut menghiburkan tetamu ialah penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor, vokalis dari  kumpulan Indonesia, Nidji Yusuf Ubay dan  beberapa artis lain yang memeriahkan suasana sepanjang malam.

Tidak ketinggalan, Datuk Mokhzani bersama kumpulan ensembelnya, DM & String Ensemble turut mempersembahkan alunan muzik khas bagi meraikan pasangan pengantin baharu itu.

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu.

Pasangan itu melangsungkan akad nikah di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 10.40 pagi dengan mas kahwin RM500.

Majlis pernikahan mereka sebelum ini turut mencuri perhatian ramai apabila menyaksikan pelbagai hantaran unik termasuk basikal lumba dan kerusi urut yang dibawa masuk ke lokasi acara.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

Must Watch Video

Advertisement