Skip to main content

Hiburan

Selepas Ammar Hayan, Dua Lagi Anak Alif Syukri Dikejarkan Ke Hospital Gara-Gara…

Selepas Ammar Hayan, Dua Lagi Anak Alif Syukri Dikejarkan Ke Hospital Gara-Gara…

Sekilas

  • Baem dan Raudah, anak usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti Influenza A, menyusul selepas anak sulung mereka, Ammar Hayan.
  • Aliff Syukri berkongsi perasaan berat hati meninggalkan anak-anak di hospital demi memenuhi komitmen kerja di Johor Bahru.
  • Isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahidah, membawa Ammar mendapatkan rawatan selepas anak mereka menunjukkan simptom seperti sakit kepala, sukar bernafas, dan demam tinggi.
Advertisement

Selepas Ammar Hayan, dua lagi anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Baem dan Raudah dikerjarkan ke hospital selepas dijangkiti Influenza A.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Aliff mengakui berat hati untuk meninggalkan anak-anaknya yang sedang dirawat di hospital, namun terpaksa meneruskan komitmen kerja yang telah dijadualkan.

Advertisement

“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya papa. Mula-mula Ammar masuk hospital, lepas itu Baem dan Raudah gara-gara Influenza A.

“Papa kena teruskan juga komitmen kerja di Johor Bahru. Sepatutnya mama yang pergi.

"Sampai juga papa dekat Johor. Alhamdulillah, sambutan yang memang bagus. Terima kasih banyak-banyak. Lepas acara papa menyanyi, papa terus berangkat balik ke Kuala Lumpur," katanya.

Advertisement

Tambah Aliff, bukan mudah untuknya menguruskan komitmen kerja dalam keadaan anaknya sedang menerima rawatan di hospital.

"Bukan satu perkara yang mudah sebab esok pagi papa ada acara untuk buat siaran langsung di TikTok. Ya Allah, Tuhan saja tahu macam mana," tambahnya.

Terdahulu, isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahidah memaklumkan anak mereka, Ammar Ahyan disahkan dijangkiti influenza selepas mengalami beberapa gejala.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shahidah segera membawa anak sulungnya itu untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu mengalami sakit kepala, sukar bernafas dan sakit sendi, selain suhu badannya turut meningkat.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement