Sekilas
- Ain Edruce disahkan mengalami simptom refluks gastroesofagus (GERD) akibat pengambilan ubat jerawat Doxycycline ketika perut kosong selama hampir tiga minggu.
- Doktor menasihatkan Ain untuk berhenti mengambil ubat tersebut kerana ia menjadi punca ketidakselesaan seperti rasa makanan tersekat di kerongkong.
- Ain berkongsi pengalamannya di platform Threads dan berharap simptom GERD yang dialaminya akan pulih selepas berhenti ubat itu.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce akhirnya mengetahui punca sebenar dia mengalami rasa tidak selesa seolah-olah makanan tersekat di kerongkong sejak beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Ain memaklumkan selepas doktor melakukan pemeriksaan, dia disahkan mengalami simptom seperti penyakit refluks gastroesofagus (GERD) yang dipercayai berpunca daripada pengambilan ubat jerawat jenis Doxycycline.
Menurut Ain, dia mengakui kesilapan sendiri kerana mengambil ubat berkenaan ketika perut kosong selama hampir tiga minggu.
“Semalam aku pegi doktor, aku dah tahu dah dah kenapa aku rasa mcm makanan tersekat tu semua. Pengajaran untuk aku juga.
“Baru-baru ni aku ada makan ubat untuk jerawat nama dia Doxycycline. Ada sesiapa pernah ambil?
“Jadi ubat ni tak boleh makan dengan perut kosong, aku buat benda ni hampir tiga minggu dah,” jelasnya.

Tambah Ain, doktor juga turut menasihatkannya untuk menghentikan pengambilan ubat tersebut selepas mendapati ia menjadi punca dia mengalami simptom GERD.
“Kemudian doktor suruh berhenti. Thanks guys. Korang teka tu betul la, gerd. Tapi disebabkan ubat ni.
“Doakan aku gerd ni hilang okay. Aku tak nak makan dah ubat tu,” maklumnya.
Terdahulu, Ain sebelum ini meluahkan rasa kurang selesa apabila sering merasakan makanan atau minuman yang diambil seolah-olah tersekat di bahagian dada.
“Hello semua! Ada tak sesiapa kat sini yg bila makan or minum rasa mcm tersekat kat dada.
“Rasa rasa macam slow dia turun makanan. Sejak semalam aku macam tu lah, asal eh? Pastu angin je badan,” maklumnya.