Skip to main content

Hiburan

Selepas Isteri Keluar, Prince Syed Pula Masuk Hospital - “Semoga Adikku…”

Prince Syed

Ringkasan AI

  • Syarifah Syah berkongsi keadaan adiknya, Prince Syed, yang kini sedang dirawat di hospital.
  • Adik ipar Syarifah, Fatin Syazwani, sudah pulih dan dibenarkan keluar wad selepas rawatan.
  • Ibu mentua Prince Syed mendakwa menantunya melarikan anak perempuan dan menghalang keluarga berjumpa.
  • Fatin mengalami komplikasi kesihatan serius selepas menjalani prosedur bariatrik, namun Prince Syed menafikan dakwaan tersebut.
  • Empat individu termasuk ahli keluarga Prince Syed ditahan polis bagi siasatan, tetapi telah dibebaskan.

Kakak kepada pempengaruh dan usahawa sensasi, Prince Syed iaitu Syarifah Syah berkongsi adiknya kini sedang di rawat di hospital.

Menerusi hantaran di TikTok, Syarifah berkongsi keadaan adiknya yang sedang terlantar di atas katil.

“Semoga adikku cepat sembuh, kuat hadapi dugaan dan cabaran. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan,” tulisnya.

Sementara itu, Syarifah juga berkongsi adik iparnya iaitu Fatin Syazwani yang sebelum ini dirawat di hospital juga sudah pulih dan dibernarkan keluar daripada wad.

“Adik iparku Fatin Alhamdulillah dah keluar wad, moga semuanya sihat-sihat,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar semua perkara dipermudahkan.

Sebelum ini, ibu mentua kepada Prince Syed mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.

Dalam satu video lain yang turut tular, wanita terbabit mendakwa anaknya kini dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya.

Sementara itu, hantaran lain di media sosial turut mendakwa Fatin mengalami komplikasi kesihatan serius termasuk dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam.

Bagaimanapun, Prince Syed menafikan semua tuduhan berkenaan dan isterinya sendiri, Fatin Syazwani, tampil menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah memaksanya menjalani prosedur tersebut semata-mata untuk menjual produk pelangsingan seperti yang tersebar di media sosial.

Difahamkan, Muhd Ikhwan Alif merupakan salah seorang daripada empat individu yang ditahan polis sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung insiden perselisihan faham dengan Prince Syed.

Turut ditahan bersama ialah ibu mereka, Aminah Haniffa, 55; bapa, Ishak Saif, 59; serta abangnya, Muhd Syahmi Faiz, 31.

Bagaimanapun, semua mereka telah dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Must-Watch Video

Advertisement