Skip to main content

Hiburan

“Selepas Jalani Kehidupan Ini Baru Saya…” - Raja Ilya

Raja Ilya

Sekilas

  • Raja Ilya kini lebih bahagia menjalani kehidupan yang lebih tenang selepas memilih untuk tidak aktif dalam dunia hiburan.
  • Pelakon itu berkongsi bahawa gaya hidup ‘low key’ memberinya ketenangan yang selama ini dicari.
  • Rata-rata netizen memberikan sokongan dan mendoakan kebahagiaan Raja Ilya bersama keluarga di Australia.
Advertisement

Pelakon, Raja Ilya mengakui dirinya kini lebih bahagia menjalani kehidupan selepas memilih untuk tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad memuat naik video memaparkan salah satu babak yang pernah dilakonkanya satu ketika dahulu.

Advertisement

Ujar Raja Ilya, dia sering diajukan soalan mengenai kehidupan terkininya yang lebih ‘low profile’.

“Ramai yang bertanya, ‘Awak kan selebriti, dan sekarang memilih untuk hidup secara biasa. Awak okay ke?,” kongsinya.

Menjawab kepada persoalan itu, Raja Ilya memaklumkan kehidupannya yang lebih perlahan ketika ini memberikan satu ketenangan yang selama ini dicari-carinya.

“Sejujurnya, saya suka kehidupan yang perlahan dan ‘low key’ ini. Selepas mula menjalani kehidupan seperti ini, baru saya sedar bahawa inilah sebenarnya impian saya selama ini,” jawabnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata sokongan buat Raja Ilya dan mendoakan kebahagiaan pelakon itu bersama keluarganya.

Sekadar info, Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Trent Garret pada 2018. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Talita Love, 4, dan Royal Abraham, 2 dan kini menetap di Australia.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement