Skip to main content

Hiburan

Selepas Kena Hencap, Netizen ‘Love’ Lihat Perubahan Linda Rafar - “Serious Nampak…”

Linda Rafar

Penyanyi, Linda Rafar menyorot perhatian netizen selepas tampil mengenakan busana yang longgar ketika tampil membuat persembahan dalam sebuah acara makan malam. 

Menerusi hantaran di Threads itu, Linda dilihat mengenakan satu sut lengkap berwarna hitam dilengkapi dengan blazer berona hijau semama menyanyikan lagu Manisnya Senyumanmu bersama kumpulan, Elite. 

“Dinner Show Elegant Cosmetic di Putrajaya,” tulis Linda ringkas. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen suka dengan penampilan yang dibawa oleh Linda. 

“Haa.. kan manis berpakaian begini.. longgar tapi still nampk anggun.

“Love kak linda. Sopan sangat 🫶🏻 kak linda cantik pakai baggy macam ni serious nampak.

“Sopan ayuuuuu hehe.

“Macam ni cantik sangat 👍🏻 

“Suka pakai macam ni lagi. Sopan

“Yess so sweet pakaian yg sempurna, All the best,” tulis netizen. 

Terdahulu, Linda menegaskan dia tidak akan memaafkan individu yang melemparkan kata-kata celaan serta mengaibkan penampilannya di konsert Elite Live In Kuala Lumpur.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement