Skip to main content

Hiburan

Selepas Pembedahan, Bapa Syed Saddiq Lega Semakin Pulih, Tak Sabar Nantikan 10.10 - “Nasihat Saya Kepada Anak…”

Selepas Pembedahan, Bapa Syed Saddiq Lega Semakin Pulih, Tak Sabar Nantikan 10.10 - “Nasihat Saya Kepada Anak…”

Sekilas

  • Syed Abdul Rahman, bapa kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, berasa lega dan bersyukur selepas anaknya mengumumkan tarikh pernikahan dengan Bella Astillah pada 10 Oktober depan.
  • Beliau kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan pemindahan kornea dan menggunakan masa sebulan lebih sebelum majlis untuk persiapan bersama keluarga.
  • Syed Abdul Rahman menasihati anak-anaknya supaya sentiasa bersyukur dan reda dengan ujian dalam kehidupan sambil menantikan hari bahagia anaknya itu.
Advertisement

Bapa kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff meluahkan rasa syukur dan lega selepas anaknya mengumumkan tarikh pernikahan bersama selebriti Bella Astillah pada 10 Oktober depan.

Menurut Syed Abdul Rahman yang mesra disapa Abbuya, tempoh lebih sebulan sebelum majlis berlangsung memberi ruang kepadanya untuk terus pulih selepas pembedahan peminadahan kornea selain membuat persiapan bersama keluarga.

Advertisement

“Alhamdulillah, lepas ini saya dah betul-betul lapang dada sebab dah beritahu sekeluarga. Masih ada sebulan lebih lagi.

“Fizikal pun dah boleh bergerak, cuma sekarang nak tunduk-tunduk tak boleh, kena hati-hati. Insya-Allah semuanya berjalan satu persatu dengan baik,” katanya.

Tambahnya, sebagai seorang bapa, dia sememangnya menantikan hari bahagia anaknya selain bersyukur keadaan dirinya semakin baik selepas menerima penderma kornea lebih awal.

Advertisement

“Memang kita menunggu-nunggu hari kebahagiaan anak. Semua gembira.

“Saya pun bersyukur dapat penderma awal. Kalau tidak, memang bimbang juga,” ujarnya.

Dalam masa sama, Syed Abdul Rahman turut menitipkan nasihat kepada Syed Saddiq supaya sentiasa bersyukur dan reda dengan setiap ujian yang bakal ditempuhi dalam kehidupan.

“Apa-apa yang kita ada, kita kena bersyukur. Boleh nampak, bersyukur banyak-banyak. Kita terima dan reda sebab ujian tetap ada.

“Itulah nasihat saya kepada anak-anak, bukan Saddiq sahaja tetapi semua anak saya,” katanya.

Sebelum ini, bapa kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdul Rahman Abdullah, dilaporkan selamat menjalani pembedahan pemindahan kornea (cornea transplant).

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan selepas berkongsi tarikh pernikahan mereka menerusi program MeleTOP.

Anda mungkin berminat dengan

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

[READY STOCK] 5070#Women's Pants High Quality/Underwear underpants/ seluar dalam perempuan cotton/纯棉女内裤束紧臀部

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Must Watch Video

Advertisement