Sekilas
- Nongshim Shin Ramyun mengumumkan musim kedua siri mikro K-drama TikTok mereka, Impian Di Seoul, yang menampilkan Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai duta jenama.
- Drama ini menggabungkan jalan cerita yang lebih mendalam dan konflik emosi, serta akan ditayangkan secara eksklusif di akaun TikTok Nongshim Malaysia mulai 21 Julai 2026.
- Musim pertama, Salju Di Busan, menerima sambutan hangat dan membantu meningkatkan jualan produk serta penglibatan penonton di Malaysia.
Jenama mi segera nombor satu Korea, Nongshim Shin Ramyun mengumumkan kembalinya siri mikro K-drama TikTok Nongshim menerusi drama berjudul Impian Di Seoul.
Drama musim kedua itu merupakan antara siri yang paling dinanti-nantikan selepas kejayaan Salju Di Busan.
Menggabungkan semula Duta Jenama Nongshim Malaysia iaitu Khai Bahar dan Wany Hasrita, Impian Di Seoul membawakan jalan cerita yang lebih mendalam, konflik emosi yang semakin memuncak serta pelbagai babak tergantung (cliffhanger) yang bakal membuatkan penonton terus mengikuti setiap episod.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Nongshim, respon luar biasa terhadap siri mikro TikTok pertama mereka benar-benar melebihi jangkaan.
"Apa yang bermula sebagai satu eksperimen berani kini berkembang menjadi fenomena budaya yang menyatukan penonton Korea dan Malaysia melalui gelombang baharu penceritaan digital.
“Selain jumlah tontonan dan penglibatan penonton yang memberangsangkan, kami turut menyaksikan impak perniagaan yang signifikan, membuktikan bahawa penceritaan yang autentik mampu mewujudkan hubungan yang tulen dengan pengguna.
“Untuk Musim Kedua, kami bukan sahaja mahu meningkatkan nilai hiburan, malah meraikan kecintaan bersama terhadap drama, makanan dan kreativiti yang menghubungkan Malaysia dan Korea,”ujarnya.
Sementara itu, Pengurus Komersial GBA Corporation (NONGSHIM Malaysia), Foo Siew Kheng berkata sebagai sebuah jenama yang sinonim dengan rasa yang lazat dan keseronokan, pihaknya amat gembira melihat Salju Di Busan menerima sambutan yangbegitu hangat daripada rakyat Malaysia.
“Musim pertama turut menampilkan lagu tema asal Nongshim, Makan Cintaku, sebuah lagu duet penuh emosi nyanyian Khai Bahar dan Wany Hasrita yang mengukuhkan lagi hubungan emosi penonton dengan jalan cerita.
“Musim Kedua merupakan komitmen kami untuk terus menyajikan kandungan yang segar melalui gabungan cerita yang dekat dengan kehidupan serta format digital inovatif yang benar-benar mampu menarik perhatian penonton tempatan.
“Dan seperti kisah-kisah yang kami bawakan, sentiasa ada sesuatu yang baharu dan penuh cita rasa daripada Nongshim untuk kami perkenalkan,” jelasnya.
Menurut Pengasas dan Presiden Malaysia International Film Festival (MIFFest), JoanneGoh, pihaknya percaya bahawa penceritaan yang hebat mempunyai keupayaan untuk merentasi pelbagai format, platform dan sempadan.
“Seiring perubahan tingkah laku penonton, kami teruja melihat bentuk penceritaan baharu seperti mikrodrama semakin mendapat tempat dalam landskap kreatif yang lebih luas.
“Projek seperti Impian Di Seoul membuktikan bagaimana jenama, pembikin filem dan platform digital boleh berganding bahu menghasilkan karya yang autentik dari segi emosi, relevan dari segi budaya dan mampu menyentuh hati penonton dengan penuh bermakna,” katanya.
Ditayangkan sempena MIFFest Ke-9 2026, Impian Di Seoul mencerminkan kepercayaan Nongshim bahawa penceritaan mampu melangkaui pengiklanan tradisional dan menjadi medium bermakna dalam menyampaikan nilai jenama, relevansi budaya serta keaslian emosi.
Ketika sempadan antara pawagam, hiburandigital dan kandungan berjenama terus berkembang, siri ini membuktikan bahawa cerita yang memikat mampu melangkaui platform mahupun tujuan asalnya.
Untuk info, sebagai K-drama eksklusif TikTok pertama Nongshim yang dilancarkan tahun lalu, Salju Di Busan berjaya menawan hati penonton menerusi gabungan penceritaan berinspirasikan Korea, sentuhan citarasa tempatan dan hiburan video pendek yang dinamik.
Selain mencatatkan penglibatan penonton yang memberangsangkan, kempen tersebut turut menyumbang kepada peningkatan ketara dalam jualan produk, ia mengukuhkan pengaruh pemasaran berteraskan hiburan dalam kalangan pengguna Malaysia.
Saksikan Impian Di Seoul bermula 21 Julai 2026 secara eksklusif di akaun TikTok Nongshim Malaysia, dan jangan lepaskan peluang untuk mengundi pengakhiran pilihan anda apabila drama ini mula bersiaran.