Skip to main content

Hiburan

Selepas Setahun Tanpa Rehat, Sandra Lim Mahu Luangkan Masa Dengan Keluarga Sempena CNY

SANDRA LIM
Advertisement

Pelakon dan ratu cantik Malaysia, Sandra Lim berkongsi mahu meluangkan masa bersama keluarga sempena Tahun Baru Cina selepas hampir setahun sibuk dengan kerjayanya.

Menurut Sandra, selepas dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia, jadualnya terlalu padat sehingga tidak mempunyai masa untuk diri sendiri mahupun keluarga.

Advertisement

“Always family. Sebab saya ingat lagi, especially selepas menang Miss Universe Malaysia, saya memang tak ada masa untuk diri sendiri dan keluarga. 365 hari, tak ada satu hari pun saya bercuti.

“Jadi selepas itu, dan masuk tahun 2025 pula saya sibuk dengan filem… saya cuba belajar bahawa kita juga perlukan rehat,” katanya.

Mengimbas kembali Tahun Baharu Cina lalu, Sandra mendedahkan dia tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga kerana terlibat dengan promosi filem yang ditayangkan pada musim perayaan tersebut.

Namun detik paling menyentuh hatinya adalah apabila ahli keluarga hadir memberi sokongan di pawagam.

“Awal 2025, masa Februari kan Tahun Baharu Cina, waktu itu filem saya keluar. Jadi kami buat jelajah promosi sepanjang perayaan. Memang tak dapat masa dengan keluarga sebab kena tour.

“Tapi menariknya keluarga saya seramai 40 orang masuk cinema sama-sama. Itu kali pertama saya betul-betul rasa betapa pentingnya ‘pillar’ saya… untuk kembali kepada keluarga dan hargai mereka.

“Mereka faham walaupun lama kita berjauhan. Bila kita balik, kita tetap ada rumah,” tambahnya.

Sehubungan itu, Sandra bertekad untuk menjadikan tahun ini sebagai ruang untuk lebih menghargai masa bersama insan tersayang.

“Tahun ini saya memang nak balik dan luangkan masa berkualiti dengan keluarga. Saya nak hargai mereka seperti mana mereka sentiasa ada untuk saya,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement