Usahawan dan personaliti antarabangsa, Kim Kardashian, sekali lagi mencuri tumpuan apabila melancarkan rekaan pakaian dalam G-string yang dihiasi dengan ‘bulu palsu’ di bahagian hadapan di bawah jenama miliknya, Skims.
Koleksi terbaharu yang dinamakan ‘The Ultimate Bush’ itu menampilkan 12 warna berbeza dan saiz dari XXS hingga 4XL, dijual pada harga sekitar US$32 (RM150) sehelai.
Advertisement
Namun lebih mengejutkan, semua variasi dilaporkan sudah habis dijual dalam masa singkat di laman rasmi Skims.
Koleksi tersebut dipercayai diperbuat daripada fabrik mesh lut sinar dengan gabungan ‘bulu lurus dan keriting’ tiruan yang dijahit tangan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Kim sendiri dilihat mempromosikan koleksi unik itu, namun tidak menggayakannya.
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, pelbagai reaksi yang diberikan dalam kalangan pengguna media sosial.
“Saya keliru macam mana semuanya boleh habis dijual.
“Tak ada siapa pun tanya soalan sebenar… dari mana mereka dapat ‘bulu’ tu?
“Manusia memang suka benda pelik… agaknya la
“Bayangkan kalau lelaki buka seluar awak dan nampak benda tu? Confirm dia menjerit ingatkan ada binatang dalam seluar,” komen beberapa netizen.
Ramai yang menyifatkan produk itu sekadar gimik pemasaran untuk menarik perhatian dan mencetuskan perdebatan.
Jenama Skims sebelum ini pernah mencuri perhatian dengan pelbagai rekaan luar biasa seperti bra dengan puting tiruan, pakaian dalam bertatah kristal Swarovski, serta ‘facial shapewear’.