Sekilas
- Penyanyi Hafiz Suip mengakui kehilangan ibunya memberi kesan mendalam kepada kehidupan peribadi dan kerjaya seninya.
- Hafiz rasa berat hati untuk sertai pertandingan nyanyian kerana ibunya selalu jadi sumber semangat dan sokongan utama.
- Beliau juga berkongsi bahawa menyertai pertandingan memerlukan komitmen lebih daripada 100 peratus serta menghadapi tekanan yang tinggi.
Penyanyi Hafiz Suip mengakui pemergian arwah ibunya memberi impak yang mendalam dalam kehidupan peribadi dan kerjaya seninya.
Menerusi video siaran langsung (live) yang dibuat baru-baru ini, Hafiz berkata dia berasa berat hati untuk menyertai pertandingan nyanyian selepas kehilangan ibunya yang dianggap semangat buat dirinya selama ini.
“Cuma semenjak kehilangan seorang mak, tak tahu la, saya rasa berat nak join pertandingan. Sebab orang yang selalu ada dengan saya kalau saya join pertandingan, adalah mak saya.
“Dan dialah orang yang galakkan saya, yang beri sokongan 100 peratus kepada saya masa AF. Bila dia dah tak ada, lain lah. Tak tahu lah, saya rasa macam semangat saya hilang.
“Masuk pertandingan, saya rasa macam, yeke? Macam tu. Tak tahu lah. Saya tak nak lah korang rasa benda ni, sakit. Yang faham, faham,” kongsinya.
Selain semangat, penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku ini juga memberitahu menyertai pertandingan memerlukannya untuk memberi komitmen lebih daripada 100 peratus.
“Semangat, satu… penat, guys. Sertai pertandingan ini memerlukan komitmen. Kena bagi bukan 100 peratus, tapi 150 peratus komitmen. Kemudian, stres tu,” ujarnya lagi.
bu kepada Hafiz iaitu Allahyarham Halizawati Salleh meninggal dunia pada 10 November 2025 pada usia 62 tahun akibat komplikasi penyakit kencing manis.
Sumber - Threads