Skip to main content

Hiburan

Seminggu Buat Perancangan, Nur Shahida & Anak-Anak 'Prank Rumah Terbakar' Untuk Kejutan Hari Jadi Aliff Syukri - "Dia Kan Kaki Viral..."

Astrogempak ALIF SYUKRI

Sekilas

  • Datin Seri Shahida merancang kejutan hari jadi untuk suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri, bersama anak-anak mereka dengan persiapan rapi termasuk dekorasi dan makanan.
  • Mereka menggunakan taktik unik dengan anak mereka Qadejah dan pembantu rumah memanggil Aliff Syukri dengan alasan rumah terbakar untuk memastikan kejutan itu berjaya tanpa disedari.
  • Netizen terharu melihat momen tersebut dan mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan keluarga Aliff Syukri.

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mencuri tumpuan netizen selepas berkongsi momen kejutan sambutan hari jadi suaminya yang dirancang bersama anak-anaknya.

Menurut Shahida, perancangan tersebut sebenarnya telah dibuat lebih awal bersama anak-anak mereka bagi memastikan kejutan itu menjadi dan tidak dihidu oleh Aliff Syukri.

"“Dah seminggu sebenarnya mama rancang dengan Qadejah dan Ammar nak buat surprise dekat Papa. Kita tak nak Papa tahu, jadi kena rancang betul-betul. Mama dah siap tempah dekorasi semua, segala makanan dengan kek Papa bersama Luqman. Tarikh hari jadi mereka sama," katanya.

Apa yang mencuri perhatian adalah taktik unik yang digunakan bagi memastikan kejutan itu menjadi.

Menurut Shahida, anak mereka Qadejah bersama pembantu rumah diberi tugasan khas untuk memanggil Aliff Syukri dengan alasan yang mencemaskan kerana memahami suaminya pasti akan merakam momen tersebut.

“Tugas Qadejah dengan bibik, tudung kena panggil Papa jerit-jerit cakap rumah dah terbakar. Kelam-kabutlah Papa turun nak tengok.

“Papa ni kalau apa-apa, telefon memang akan rekod dulu. Dia kan kaki viral. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Selamat Hari Jadi Papalaris dan Luqman. Terima kasih untuk segala kerja keras dan penat lelah mencari rezeki untuk membahagiakan mama dan anak-anak,” tambahannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu menyaksikan momen tersebut dan mendoakan agar segala urusan Aliff Syukri sekeluarga sentiasa dipermudahkan.

"Moga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selamanya Datuk. 

"Ya Allah sweet nye sy tgok dato dan datin..semoga sakinah mawaddah warrahmah rumah tangga nye🤲🏻..SELAMAT ULANG TAHUN JUGA papa laris dan luqman. 

"Aku yg nangis🥹 semoga murah rezeki selalu buat keluarga Datuk. 

"Semoga Allah menjaga keluarga inii🤲🤲😍

"sebak nyaaaa😢 rasa kasih sayang tu," komen netizen. 

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement