Skip to main content

Hiburan

“Semoga Dipermudahkan, Doakan Suamimu Bakal Menyusul Nanti...” – Yusry Doakan Lisa Surihani Dikurniakan Haji Mabrur

Astro Gempak 509

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim mendoakan isterinya, Datin Lisa Surihani, yang kini menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
  • Yusry berharap agar Lisa mendapat haji yang mabrur dan perjalanan ibadahnya dipenuhi keberkatan serta perlindungan Allah.
  • Yusry juga menitipkan doa agar dirinya dapat menyusul ke Mekah bersama Lisa suatu hari nanti selepas gagal mendapatkan visa haji tahun ini.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon Datuk Yusry Abdul Halim menitipkan doa buat isterinya, Datin Lisa Surihani yang kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Yusry meluahkan rasa syukur apabila isterinya sekali lagi menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.

Advertisement

 “Isteriku tercinta, dijemput lagi melangkah ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah.

“Semoga setiap langkahmu dipermudahkan, setiap doa diangkat ke langit dan setiap ibadah diterima dengan penuh rahmat-Nya,” tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, anggota kumpulan KRU itu turut mendoakan agar Lisa dikurniakan haji yang mabrur selain perjalanan ibadah yang dipenuhi keberkatan.

“Ya Allah, kurniakanlah isteriku haji yang mabrur, hati yang tenang serta perjalanan yang dipenuhi keberkatan dan perlindungan-Mu.

“Semoga pulang nanti membawa cahaya iman yang lebih indah buat diri, keluarga dan kehidupan kami,” katanya lagi.

Yusry turut sempat menitipkan pesanan romantis supaya Lisa mendoakan dirinya agar berpeluang menyusul ke Tanah Suci bersama-sama suatu hari nanti.

“Titipkan juga doa buat kami di hadapan Kaabah nanti, doakan juga supaya suamimu bakal menyusul bersama-sama mu suatu hari nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Lisa pada 7 Mei lalu berkongsi bakal berangkat ke Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, Yusry tidak menyertai isterinya selepas rayuannya untuk mendapatkan visa haji dilaporkan tidak berjaya.

Anda mungkin berminat dengan

Women's Slippers Ready Stock 2024 New Style Flat-Soled Women's Shoes Fashionable Outer Wear Plus Size 43

Women's Slippers Ready Stock 2024 New Style Flat-Soled Women's Shoes Fashionable Outer Wear Plus Size 43

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Lovito Casual Top Spring/Summer New Chinese Style Cheongsam Qipao Asymmetrical Bow Khaki Top for Women L166AD394 Lovito Baju Kasual Musim Bunga/panas Baharu Cheongsam Qipao Gaya Cina Berbentuk Reben Asimetri Khaki Atasan Untuk Wanita L166AD394

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

POLO HILL Men Penny Loafers Shoes PMSL-MS4164

Must Watch Video

Advertisement