Skip to main content

Hiburan

“Semoga Kita Sama-Sama Usaha Pergi Syurga Ok Ayang?” - Amira Othman

Amira Othman

Sekilas

  • Amira Othman berkongsi rasa masa semakin singkat seiring usia yang meningkat dan berharap doa baik yang diterima menjadi pahala untuk dirinya dan suami, Fattah Amin.
  • Dia juga berazam untuk terus berusaha menjadi insan lebih baik demi mengejar kebahagiaan di akhirat bersama suaminya.
  • Amira berterima kasih kepada rakan-rakan yang membuat kejutan hari lahir walaupun dia tidak bersedia untuk keluar pada malam tersebut.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Amira Othman menganggap masa yang dimiliki di dunia semakin singkat apabila usia semakin meningkat.

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Amira turut berharap agar doa-doa baik yang diterimanya sempena hari lahir menjadi asbab pahala buat dirinya dan suami, pelakon Fattah Amin.

 

Amira juga berharap agar mereka berdua dapat terus berusaha menjadi insan yang lebih baik demi mengejar kebahagiaan di akhirat.

Advertisement

 

“Makin meningkat usia, maka makin singkatlah waktu kita di dunia. Saya harap doa yang baik-baik dari ramai orang dan pastilah lubuk pahala saya, suami saya. 

 

“Semoga kita sama-sama usaha pergi syurga sama-sama ok ayang? @fattahaminz terima kasih untuk semuanya,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Amira turut menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan yang meluangkan masa untuk memberikan kejutan sempena hari lahirnya.

 

Ujar Amira, dia pada awalnya menyangka hanya akan menikmati makan malam berdua, sehingga tidak sempat membuat persiapan untuk keluar.

 

“Terima kasih kawan-kawan saya yang sudi datang surprise. Saya ingatkan dinner berdua, tak prepare apalah, foundation pun tak pakai, kemeja pun main ambil apa ada yang matchy2 sebab dah lambat 🤣 

 

“Anyway, Alhamdulillah. Semuanya Allah yang bagi. Doakan Nadia Amira🥹🤲,” kata Amira lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

ELGINI E16444 Baju-T Lengan Panjang Kapas S-XXL | Graphic Long Sleeve Cotton Tee

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

Must Watch Video

Advertisement