Sekilas
- Aina Abdul mengucapkan takziah kepada Elfira Loy, Ezlisa Loy dan keluarga atas pemergian ibu mereka, Filzah Yusoff.
- Aina mengenang momen merasa masakan sambal udang daripada arwah dan memuji kebaikan Filzah berdasarkan cerita kawan rapatnya.
- Filzah Yusoff meninggal dunia selepas kritikal dan berita itu dikongsi oleh Elfira melalui Instagram Story.
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menzahirkan ucapan takziah kepada pelakon, Elfira Loy dan Ezlisa Loy serta keluarga atas pemergian ibu tercinta, Filzah Yusoff.
Meskipun tidak kenal secara dekat namun, Aina juga mengenang momen dapat merasai air tangan masakkan daripada Allahyarham.
“Salam takziah buat @elfiraloy, @ezlisaaloy dan keluarga.
“Aina tak pernah kenal rapat dengan Aunty, tapi sempat merasa air tangan Aunty, sambal udang. Memang sedap air tangan Aunty. Terima kasih, Aunty.
“Kawan rapat Aina selalu cerita tentang kebaikan Aunty,” katanya.
Pada masa sama, Aina turut menitipkan doa agar Elfira serta seluruh keluarga diberikan kekuatan untuk melalui hari-hari mendatang.
“Untuk El, semoga Allah SWT limpahkan kekuatan buat El dan keluarga untuk mengharungi hari-hari yang mendatang ini.
“Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Amin,” ujarnya.
Terdahulu, ibu kepada Elfira dan Ezlisa, Filzah Yusoff, dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Ahad selepas berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan susulan prosedur intubasi di hospital.
Berita pemergian tersebut dimaklumkan sendiri oleh Elfira menerusi akaun Instagram Story.